UTUSAN MALAYSIA PAKAR MENCIPTA TAJUK BERITA
December 9, 2009 // Naragan // ColumnsUtusan Malaysia ‘pandai’ cipta tajuk berita !
Saya merujuk pada Utusan, 8 Disember, 2009. Berikut ialah kandungan berita yang disiarkan …
(Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai.
Kor Ming menegaskan, prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan dan oleh itu semua rakyat Malaysia termasuk rakyat bukan beragama Islam harus menerima ajaran agama yang betul.
Menurut beliau, justeru adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga.
‘‘Semua rakyat adalah pembayar cukai, adalah tidak adil penganut agama bukan Islam dianaktirikan,” jelasnya.)
Itulah kandungan beritanya !
Ini pula tajuk yang diberi – ‘Kor Ming persoal kerajaan bina banyak masjid’ ! Wajarkah tajuk ini berdasarkan kandungan berita di atas? ‘Senyum Kambing’ di muka depan pula mengatakan bahawa tindakan Kor melampau !
Kor Ming sebenarnya tidak mempersoalkan pembinaan masjid sebaliknya ingin tahu mengapa peruntukan yang sama tidak diberi kepada penganut-penganut agama lain. Namun, Utusan Malaysia memutarbelitkan berita, setidak-tidaknya pada tajuk berita untuk mengelirukan orang ramai (terutamanya orang Melayu/Islam) serta memberi gambaran seolah-olah Kor anti-Islam.
Hakikatnya ialah isu tanah untuk kuil Hindu, kubur dan sekolah Tamil belum selesai ! Jika ada pihak yang cuba mengetengahkan isu-isu ini maka mereka dilabelkan sebagai anti-Islam dan anti-Melayu. Saya harap anda masih ingat bagaimana Utusan memutarbelitkan berita dan sengaja mengelirukan orang Melayu/Islam dan rakyat Malaysia ketika demonstrasi dan perjuangan Hindraf pada 2007/2008. Mujurlah banyak orang Malaysia tidak percaya pada Utusan !
Utusan sepatutnya mempunyai tanggungjawab sosial bagi melaporkan perkara sebenar daripada perspektif yang dimaksudkan oleh pihak-pihak yang terbabit, bukan daripada perspektif mereka sendiri yang berkepentingan politik.
Jadi, ingatlah bahawa apa-apa yang dibaca dalam surat khabar seperti Utusan tidak semestinya perkara yang benar !
- CikguParu -


makkal.org
New Straits Times
Vallinam