ABOLISH STPM - 1 Pre U Malaysia
Please visit Our Primary Site at www.humanrightspartymalaysia.com or Our backup site at www.hrp-my.org

Our Main website Is Back Online

Human Rights Party Malaysia logo
Dipukul kerana bertutur dalam Bahasa Tamil Peristiwa di Sekolah Kebangsaan Klang | Human Rights Party Malaysia
digg icon delicious icon

Dipukul kerana bertutur dalam Bahasa Tamil Peristiwa di Sekolah Kebangsaan Klang

January 11, 2010   //   s.jayathas   //   Law, Justice and Federal constitution, News

Dipukul kerana bertutur dalam Bahasa Tamil

Peristiwa di Sekolah Kebangsaan Klang

KLANG, 7, Januari – Sekumpulan pelajar mengancam  beberapa pelajar India supaya tidak boleh bertutur dalam Bahasa Tamil dan jika enggan mereka diugut akan dipukul. Tetapi akhirnya ugutan mereka bertukar menjadi realiti. Mereka memukul pelajar India tersebut di luar kawasan sekolah menggunakan batu dan juga kayu. Mangsa kejadian Raman (17 tahun) pelajar tingkatan lima, telah melaporkan kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada pukul 10.00 pagi semalam. Kepalanya telah bengkak kerana dipukul menggunakan kayu. Raman telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan mengimbas (x-ray) kepalanya.  Polis sedang membuat siasatan tentang peristiwa ini. Sejak permulaan persekolahan tahun ini kumpulan tersebut sedang mengancam dan mengugut pelajar-pelajar yang bertutur dengan kawan sekelas dalam Bahasa Tamil. Dipercayai selepas perbuatan mereka telah dilaporkan kepada guru petugas serta guru besar ia menaikkan kemarahan kumpulan tersebut dan mereka telah membalas dendam dengan memukul Raman yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Bahasa Tamil sekolah tersebut.

tamil-raman1

raman-13


You might also like