ABOLISH STPM - 1 Pre U Malaysia
Please visit Our Primary Site at www.humanrightspartymalaysia.com or Our backup site at www.hrp-my.org

Our Main website Is Back Online

Human Rights Party Malaysia logo
Tanah Sekolah Tamil dicuri UMNO dan PKR | Human Rights Party Malaysia
digg icon delicious icon

Tanah Sekolah Tamil dicuri UMNO dan PKR

January 26, 2010   //   s.jayathas   //   Land for tamil schools, News

Tanah Sekolah Tamil dicuri UMNO dan PKR

 

          Dengkil, Januari 24- Tanah seluas 3.25 ekar yang telah diberi kepada Sekolah Tamil Dengkil Taman Permata kini telah bertukar menjadi 2.25 ekar. Isu ini membangkitkan pertanyaan orang ramai tentang bagaimana sebahagian dari tanah seluas 3.25 ekar yang telah diberi khususnya untuk Sekolah Tamil, Dengkil, Taman Permata boleh digunakan untuk pembinaan lebuhraya dan juga kuil hindu berdekatan dengan sekolah tersebut. Sekolah ini telah dibina dengan menyatukan sekolah –sekolah tamil yang telah terlibat dalam Rancangan Pembangunan Putrajaya. Sewaktu membangunkan kawasan ladang, para pekerjanya telah dipindahkan ke kawasan berhampiran bandar Dengkil dan ditempatkan di rumah pangsa yang terletak di sana. Anak- anak mereka sedang belajar di sekolah ini. Sekolah dan kuil tersebut di bina di atas tanah kepunyaan kerajaan dan ia terletak jauh dari tempat tinggal mereka. Padang sekolah yang dahulunya berbentuk segiempat sekarang telah bertukar menjadi segitiga akibat pengambilan tanah untuk pembinaan lebuhraya ke Putrajaya besebelahan dengan lapangan terbang KLIA. Akibat pengambilan semula sebahagian dari tanah, sekolah bakal menghadapi masalah untuk pembinaan bangunan tambahan. Lokasi sekolah serta kuil ini dapat mengundang bahaya kepada pelajar serta pengunjungnya kerana ia didirikan berhampiran dengan saluran gas/ bahan pembakaran. Sekiranya berlaku kemalangan meletup ia boleh membahayakan nyawa pelajar.  (Makkal Osai 24/01/10 di muka surat 5)

 

HRP: Seperti biasa tiada sebarang surat bertulis atau geran diberikan kepada tanah sekolah tamil ini dan beratus- ratus lagi sekolah di mana pihak yang terlibat dan / atau  menjadi mangsa ialah  orang keturunan India. Jadi ia membolehkan kedua- dua kerajaan UMNO dan juga Kerajaan Negeri PKR, DAP dan PAS  mencuri semula tanah sekolah tamil, kuil hindu, kubur hindu dan sebagainya sesuka mereka. Bagaimana saluran gas/ bahan bakar selalunya dibenarkan untuk berfungsi  berhampiran dengan hanya sekolah- sekolah tamil sahaja.  Kami telah mendapat tahu tentang wap petrol yang menyebabkan pelajar sekolah tamil di Shah Alam dimasukkan dalam wad di hospital. Malah Sekolah Tamil Jalan Sibilin dan juga Sekolah Tamil Saraswathy di Jalan Klang Lama berada dalam kawasan likungan empat stesen petrol yang bersebelahan. Kenapa masyarakat India sahaja yang menjadi mangsa kepada penganiyaan- penganiyaan sedemikian.  

 

Yang Benar,

 

____________________

P.Uthayakumar

Setiausaha Agong  (penaja)

tanah-dirampas-1tanah-dirampas-2tanah-dirampas-3tanah-dirampas-4

 

 

 

 

You might also like