UMNO nafi bantuan Kebajikan kpd balu India & 5 anak kecil
February 2, 2010 // s.jayathas // Indian poor, poverty, NewsUMNO nafi bantuan Kebajikan kpd balu India & 5 anak kecil
KUALA LUMPUR, 2 Februari – Bawani, 34 tahun, yang merupakan ibu tunggal kepada lima orang anaknya sedang hidup dalam kemiskinan selepas suaminya Velayutham meninggal dunia akibat serangan jantung. Anak sulung Bawani terpaksa berhenti belajar dan menjaga adiknya di rumah sewaktu Bawani bekerja. Anak keduanya Suguna (14 tahun) merupakan pelajar tingkatan 2 dan bakal menduduki peperiksaan PMR tahun hadapan manakala Sivaletchumy (10 tahun) belajar di darjah empat. Mahaletchumy (5 tahun) dan anak bongsunya Meganathan berumur empat bulan. Bawani yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah syarikat berdekatan hanya memperolehi RM200 sebulan. Beliau yang terpaksa menyara 5 orang anaknya tinggal di rumah sewa dengan sewa bulanan sebanyak RM350. Dan sewa rumahnya tertunggak selama dua bulan akibat kesempitan hidup mereka. Menurut Bawani lagi mereka sekeluarga pernah berlapar selama tiga hari. Beliau sambil menangis berkata bahawa dia tidak sanggup melihat anak-anaknya yang masih kecil menangis kerana tidak dapat menahan kelaparan.


makkal.org
New Straits Times
Vallinam

