ABOLISH STPM - 1 Pre U Malaysia
Please visit Our Primary Site at www.humanrightspartymalaysia.com or Our backup site at www.hrp-my.org

Our Main website Is Back Online

Human Rights Party Malaysia logo
UMNO: Kalaivani hanya dibenar masuk sekolah pada usia 10 tahun!  | Human Rights Party Malaysia
digg icon delicious icon

UMNO: Kalaivani hanya dibenar masuk sekolah pada usia 10 tahun!

March 10, 2010   //   s.jayathas   //   Ic, B.c, Citizenship, News

  UMNO: Kalaivani mula belajar semasa berusia 10 tahun ! 

  Setiawan, Mac 4 – Kalaivani yang merupakan anak bongsu daripada lima anak pasangan P.Mageswaran dan K.Ranjitham akhirnya dapat memasuki alam persekolahan sewaktu usianya melangkah 10 tahun. Hal ini demikian kerana Kalaivani baru sahaja memperoleh sijil kelahirannya. Kelima-lima orang anaknya telah menghadapi masalah untuk mendapatkan sijil kelahiran. Namun akhirnya, kesemua mereka telah mendapat sijil kelahiran masing-masing. 

 Kalaivani telah diterima masuk di Sekolah Tamil Maha Ganesha dengan bantuan daripada Guru Besar sekolah tersebut, N.Periasamy. (Makkal Osai 4/3/2010 di muka surat 3).  

Komen HRP: Kalaivani telah ketinggalan tiga tahun alam persekolahannya dan kini baru memulakan pelajarannya di darjah satu sewaktu usianya 10 tahun. Sepatutnya dia harus berada di darjah empat tahun ini.   Kerajaan pimpinan UMNO harus bertanggungjawab atas situasi yang melanda  Kalaivani.   

Admin 

You might also like