NO.6, Jalan Abdullah, Off Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2282 5241 Fax: 03-2282 5245
Website: www.humanrightspartymalaysia.com Email: info@humanrightspartymalaysia.com
Your Reference :
In Reply :
Date : 31st May 2010
YAB. Dato Seri Najib Razak
Perdana Menteri Malaysia,
Block Utama Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Fax : 03-8888 3444
62502 Putrajaya. E-Mail: najib@pmo.gov.my
Y.B Dato Seri Mohd Khaled Bin Nordin Menteri Pengajian Tinggi, Aras 7, Block E3, Complex E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Fax : 03-8889 1952 62505 Putrajaya E-Mail : minister@mohe.gov.my
Re: 1) Sebelas pelajar India cemerlang SPM harus diberikan biasiswa JPA tempat di Kolej Matrikulasi dan Universiti.
2)Begitu juga beratus-ratus pelajar India yang mendapat 9A dan keatas.
Pada tahun 2008 Kerajaan Malay-sia di bawah pimpinan UMNO telah mengistiharkan bahawa kesemua pelajar yang mendapat 9A ke atas dalam peperiksaan SPM tahun 2007 secara automatiknya akan layak untuk mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk meneruskan pelajaran mereka ke tahap pengajian tinggi. Tetapi apabila kebanyakan pelajar miskin keturunan India mengadu mereka tidak diberikan bantuan biasiswa JPA mereka telah diberikan pinjaman untuk meneruskan pelajaran mereka di Universiti swasta sebagai satu langkah sementara. Kenapa hanya langkah sementara?
Walaubagaimanapun pada tahun 2009 Kerajaan UMNO telah mengumumkan bahawa tiada jaminan diberi bahawa pelajar yang mendapat 9A dan keatas dalam peperiksaan SPM akan diberikan biasiswa JPA. Keadaan ini terjadi apabila UMNO sedar bahawa kebanyakan pelajar India miskin yang mendapat kelulusan cemerlang mula bangkit untuk menyuarakan ketidakadilan dan penderitaan mereka. Laporan yang telah kami terima sehingga ke hari ini adalah bahawa terdapat beratus-ratus pelajar miskin keturunan India Malaysia yang telah mendapat 9A dan keatas tetapi dinafikan biasiswa JPA, tempat di kolej-kolej Matrikulasi dan juga di IPTA. Tetapi kebanyakan kawan sekelas mereka dari kalangan pelajar Melayu Islam yang mendapat keputusan seperti 4A telah mendapat biasiswa JPA, tempat di Kolej Matrikulasi dan juga Universiti. Malah pelajar keturunan Thai yang mendapat keputusan 7A sedang dipertimbangkan oleh MARA dengan gabungan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). (UM 27/5/10 di mukasurat 9).
Justeru itu kami menerima laporan bahawa pelajar Melayu Islam yang mendapat 7D dan juga 8E dalam satu matapelajaran telah diterima masuk dalam Kolej Matrikulasi. Ini dapat dilihat dalam video klip di laman web kami. (www.humanrightspartymalaysia.com) bertarikh 23 May 2010.
Pelajar-pelajar miskin India ini juga tidak mampu meneruskan pengajian mereka di Universiti-Universiti swasta tempatan dan diluar negara sebagaimana kebanyakan rakan- rakan mereka dari kalangan masyarakat keturunan Cina di Malaysia.
Sugentha Subramaniam yang merupakan pelajar keturunan India tunggal di MRSM Terendak dari jumlah 197 (0.5%) pelajar yang mendapat 10A dalam peperiksaan SPM telah dinafikan tempat dari 40,000 tempat Matrikulasi di 9 Kolej Matrikulasi (UM 2/11/08 di muka surat 4) dan juga dinafikan tempat di IPTA atau biasiswa JPA. (sila rujuk klip di laman web kami di www.humanrightspartymalaysia.com bertarikh 23 May 2010.)
Kami dengan ini mendesak supaya Menaga a/p Tiagu (8A), Munis Rao a/l Balakrishnan (10A), Thivyamathi a/p Seeniraju (11A,1B), Prasanna Nair a/l Kumaran (10A, 2B), Thimnyanam a/l Gunasekaran (10A), Mugilarasi (9A), Sanjeeva (10A) (Malaysia Nanban 31/5/10 mukasurat pertama dan Makkal Osai 31/5/10 mukasurat pertama) Sugentah a/p Subramaniam (10A) dan Mathanraj a/l Ravinthira (9A), Langgeswaran a/l Jayaraman (8A) Devathas a/l Vijayan (11A) yang kesemuanya telah membawa pengaduan mereka kepada pihak kami dan juga beratus-ratus lagi pelajar India yang telah mendapat keputusan 9A dan keatas yang telah dinafikan biasiswa JPA, tempat di kolej Matrikulasi dan juga IPTA diberikan biasiswa JPA, diberikan tempat di Kolej Matrikulasi dan juga IPTA pada kadar segera.
Sejak kebelakangan ini kami telah menerima banyak aduan dari seluruh negara daripada pelajar-pelajar India yang mendapat keputusan cemerlang tetapi telah dinafikan tempat untuk mengikuti jurusan kritikal seperti Perubatan, Farmasi, Bio-teknologi, Akauntan, Kejuruteraan, Sains Aktuari dan lain-lain lagi. Dua orang pelajar India lelaki dari aliran sains yang mendapat 11A telah dipaksa mengikuti kursus Teknologi Informasi (IT) dan satu lagi kursus yang lain dan tidak jurusan Perubatan yang menjadi cita- cita mereka. Seorang lagi pelajar perempuan aliran sains yang cemerlang (10A) diminta menukar cita-citanya daripada menjadi doctor Perubatan ke satu bidang yang lain yang adalah satu perbuatan yang tidak adil malah merupakan satu penganiyaan.
Pelajar-pelajar miskin India ini wajib diberi hak samarata dalam pendidikan sepertimana yang telah termaktub dan diperuntukkan dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan dan juga Artikel 12 Perlembagaan Persekutuan dimana seharusnya tiada diskriminasi dalam Institusi Pendidikan yang menerima bantuan kewangan Kerajaan.
Kami di sini ingin meminta Perdana Menteri satu Malay-sia untuk memberikan hak yang sepatutnya khususnya kepada pelajar-pelajar India miskin ini dan juga yang tidak berkemampuan yang telah mendapat 9A dan keatas ini supaya diberikan biasiswa JPA, mendapat tempat di kolej Matrikulasi dan juga IPTA dan seterusnya memansuhkan sistem merit yang berdasarkan perkauman supaya dapat meyakinkan khususnya masyarakat berketurunan India bahawa “Tuan” Perdana Menteri satu Malay-sia adalah sebenarnya Perdana Menteri Satu Malaysia.
Sekian,
Terima Kasih
P.Uthayakumar Setiausaha Agong (pro tem)


