Get Adobe Flash player
Sponsor a candidate for Hindraf & HRP Project 7/14 Focus Selangor @ 13th General elections expected in Mac 2013. Pathmarajah & Co. Chartered Accountants - Maybank Acct No. : 514075011112 - "You Must Be The Change You wish To See In The World" ~ Gandhi - Follow us on www.hindraf.org , Twitter - HINDRAF1 or Facebook Hindraf Support Group.

Negeri diterajui DAP No.1 — 11-11-11.

Angka tersebut merujuk kepada tarikh 11 Nov 2011. Lihat pada gambar.

cmlimguaneng berada di tengah sebab dia pengerusi Chief Minister of Penang (Incorporated), badan yang menandatangani perjanjian penjualan dan pembangunan tanah dengan Ivory Properties Group.

Chief Minister of Penang (Inc) ditubuhkan oleh pentadbiran cmlimguaneng walaupun langkah ini dibantah keras oleh pembangkang, iaitu Adun-adun Umno di DUN pada tahun 2009.

Tanah negeri Pulau Pinang itu dijual kepada tauke Cina Datuk Low Eng Hock pengerusi merangkap CEO Kumpulan Ivory (bertali leher merah, gambar atas).

Pengerusi Penang Development Corporation – PDC badan yang melepaskan tanah negeri itu – ialah cmlimguaneng juga.

Ditambah lagi, cmlimguaneng memegang portfolio tanah dalam barisan exco Pulau Pinang.

DAP needs to go on a diet

Dari situlah datangnya perlambangan 11-11-11. Dia dan partinya sudah nombor satu di kalangan masyarakat Cina, termasuk dalam hubungan dengan kelompok Big Business.

Bak cakap orang putih, DAP has arrived … meskipun setiausaha-agung parti itu hanya seorang “failed accountant”.

CMI (Inc) dan PDC menjual tanah Bayan Mutiara supaya boleh dibuat projek mega yang diberi nama Penang World City bernilai RM10 billion GDV (gross development value).

Pemajunya ialah Tropicana Ivory, iaitu JV (usaha sama) di antara Ivory Properties dan Dijaya Corporation iaitu syarikat Tan Sri Danny Tan, adik kepada taikun terkenal Vincent Tan.

DAP, terutamanya cmlimguaneng, nampak begitu akrab dengantauke-tauke pemaju hartanah.

Dalam tahun ini sahaja, Ivory Properties melancarkan projek-projek pembangunan bernilai RM1.4 bilion GDV di Mount Erskine, Tanjung Tokong dan bandar George Town (Penang Times Square, Fasa 3 & 4) di bahagian pulau Pulau Pinang.

Kerajaan negeri itu pula melantik juru runding Singapura untuk projek perumahan di Batu Kawan, kawasan parlimen P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II.

Kucing gemuk

Pada suatu kala dulu, memang politikus MCA yang selalu tampak sihat sekali. Tapi sekarang politikus DAP pun tidak kurang montok.

Malah seorang pengomen (penyokong tegar DAP) bergelar ‘Godfather‘ juga perasan bahawa susuk badan Hannah Yeoh – yang mendapat jolokan ‘MB (Mem Besar) Selangor’ – sudah kelihatan “berbeza” (berbanding saya, kata Godfather).

Itulah DAP. Terlalu berselera makan dalam jangkamasa yang begitu singkat.

cmlimguaneng; Hannah Yeoh berucap di perhimpunan agung DAP 2012

Extract from letter by N. Ganesan, Hindraf national advisor

<QUOTE>

“The not so obvious truth is that both only represent interests of factions of the moneyed Malaysian elite. BN represents the Malay elite, which has been on the ascendancy for the last 40 odd years. Pakatan by default now increasingly represents the Chinese elite and a smaller disgruntled section of the Malay elite.

“Being the elite, their preoccupation is to get control of the levers of policy so that they can garner the resources of the nation disproportionately to themselves.

“In the next GE the choice for the Indians as Helen Ang puts it in her article – ‘Hindraf in slipstream of two-race system’ in FMT (June 3, 2012) – is not between the Chinese and the Malays, it is really between the Chinese elite and the Malay elite.

“Being the elite, like elite everywhere else in the world, their primary preoccupation is to control the levers of policy so they can usurp the larger part of the resources of this nation. Ethnicity matters only to the extent of gaining that control.

The contention between the Chinese elite and the Malay elite is intensifying. The period of post-Merdeka collusion between the two elites within the BN and the consequent marginalization of the DAP is gone, and now the Chinese and Malay elites are standing eye to eye in contention. Why else have the towkays abandoned MCA and openly shifted their support to the DAP?”

<UNQUOTE>

bold emphasis this blogger’s)

Mendekati krim

Setiap Adun Pakatan Selangor diberikan peruntukan besar untuk mereka berbelanja walaupun bagi sesetengah mereka, ia masih dirasakan tidak mencukupi.

Lihat screenshot bawah di mana Hannah Yeoh mengalu-alukan wang RM300 juta Selangorku sebagai “amat diperlukan”.

Cuba kita teliti cara bagaimana Hannah menggunakan peruntukan untuk DUNnya.

Pada 22 Feb 2011, Adun DAP itu mengeluarkan cek berjumlah RM2,500 kepada Lions Club of Subang Jaya berhubungkait dengan 17th Charity Golf yang dianjurkan oleh kelab itu.

Golf ialah permainan golongan elit.

Semua ahli lembaga Lions Club Subang Jaya adalah orang Cina. Presidennya Datuk Neo Say Yeow ialah pengarah Tanco Holdings.

Tanco – sebuah syarikat disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia – terlibat dalam industri hartanah serta ia memajukan Bandar Country Homes di Rawang dan juga ada peniagaan resort.

18th Charity Golf, Subang Jaya

Acara ‘charity golf‘ Lions Club Subang Jaya ke-18 pula dikelolakan oleh Datuk Wenddi Anne Chong. Beliau ialah pengarah TMC Life – sila rujuk silang Tropicana yang membangunkan Bayan Mutiara.

Taikun Berjaya Vincent Tan adalah pemilik saham terbesar dalam syarikat TMC, yang hospitalnya ialah Tropicana Medical Centre.

Adun Subang Jaya telah memberi sumbangan wang kepada Lions Club yang ahli-ahlinya golongan korporat untuk acara golf mereka tahun lepas.

Ramai politikus DAP sudah menggantikan politikus MCA dalam minat untuk bergesel bahu dengan tokoh-tokoh komuniti bisnes Cina.

Masalah kaum India miskin dan terpinggir seperti berpuluh ribu kanak-kanak India yang tidak mempunyai sijil beranak dan dengan itu tidak dapat mendaftar untuk masuk sekolah tidak mendapat perhatian Adun-Adun Pakatan Selangor.

Seperti yang diamati penasihat Hindraf N. Ganesan:

“The experience with the Malay elite has been one of systematic discrimination, racism and marginalization for the Indian poor.

“The experience with the Chinese elite and the smaller section of the Malay elite has been equally disastrous for the Indian poorin a much shorter space of time – if you look at the experience of the poor Indians in Kedah, in Penang, in Perak, and in Selangor.”

(dihuruf-tebalkan oleh blogger ini)

Di seluruh Subang Jaya hanya ada 5 padang bola. Bolasepak permainan rakyat marhaen.

Jom Ubah! Main golf kan lagi bagus? Tropicana pun ada padang golf …

Anda mungkin juga meminati:

The ‘size of balls’ no joke with MCA

Comments are closed.

You might also like


HINDRAF De Facto Leader and Founder (Speech PART 1)
Donate Us


Human Rights Party Malaysia logo HRP Project 15/38
Human Rights Party Malaysia
Announcements
Human Rights Party Malaysia logo
HRP Slideshow
Featured Articles
Our Archives