DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN
PERMOHONAN JENAYAH NO._________________ TAHUN 2012
Dalam perkara satu permohonan oleh
UTHAYAKUMAR A/L PONNUSAMY
Dan
Dalam perkara mengenai Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur Kes Tangkap No. 3-62-548-2007
Dan
Dalam perkara Seksyen 25 Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Dan
Dalam perkara kuasa-kuasa sedia ada Mahkamah Tinggi
ANTARA
UTHAYAKUMAR …PEMOHON
DAN
PENDAKWARAYA … RESPONDEN
NOTIS USUL
AMBIL PERHATIAN bahawa Mahkamah Yang Mulia ini akan mengusulkan pada haribulan 2012 jam pagi atau seberapa cepat selepas itu Peguam bagi pihak Pemohon boleh didengar untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:-
1) Bahawa Pertuduhan Pindaan terhadap Pemohon/Tertuduh yang bertarikh 4hb Jun 2012 dibatalkan menurut Seksyen 173 (g) Kanun Acara Jenayah
dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah olehkerana telah dipinda empat (4) tahun dan (7) bulan selepas dari tarikh Pertuduhan asal bertarikh 11hb November 2007.
2) Bahawa Pertuduhan Pindaan terhadap Pemohon/Tertuduh yang bertarikh 4hb Jun 2012 dibatalkan menurut Seksyen 173 (g) Kanun Acara Jenayah dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah olehkerana Pertuduhan terpinda bertarikh 4hb Jun 2012 tidak mendapat kebenaran bertulis Pendakwa Raya.
3) Satu Deklarasi bahawa tiada kebenaran bertulis oleh Pendakwaraya dalam Pertuduhan Tepinda Jenayah No. 3-62-548-2007 adalah melanggari Artikel 145 (3) Perlembangan Persekutuan dibaca bersama dengan Seksyen 376 (1) Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 5 Akta Hasutan 1948.
4) Bahawa Pertuduhan Pindaan terhadap Pemohon/Tertuduh bertarikh 4hb Jun 2012 dibatalkan menurut Seksyen 173 (g) Kanun Acara Jenayah dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah olehkerana tidak menyatakan secara specifik kecendurungan menghasut di bawah Seksyen 3 (1) Akta Hasutan 1948 yang mana satu iaitu samada (a),(b),(c),(d),(e) atau (f).
5) Bahawa Pertuduhan Pindaan terhadap Pemohon/Tertuduh bertarikh 4hb Jun 2012 dibatalkan menurut Seksyen 173 (g) Kanun Acara Jenayah dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah olehkerana perbicaraan Pertuduhan Pindaan tersebut telah dimulakan diluar bidangkuasa.
6) Bahawa Pertuduhan Pindaan terhadap Pemohon/Tertuduh disini yang bertarikh 4hb Jun 2012 dibatalkan menurut Seksyen 173 (g) Kanun Acara
Jenayah dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah olehkerana Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah tidak membenarkan perbicaraan didengar semula dari permulaan (De novo) dengan Saksi Pendakwa Pertama Ketua Polis Sarawak DCP Dato Acryl Sani bin Abdullah Sani.
7) Satu Deklarasi bahawa keadilan kepada saksi Pendakwa adalah tidak melebihi keadilan perbicaraan yang adil kepada Pemohon/Tertuduh.
8) Satu Deklarasi bahawa kesemua soalan-soalan Pemohon/Tertuduh dalam soalan balas, kesemua dokumen-dokumen berkenaan dan yang dipohon dan/atau ingin dipohon di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Tuan Ahmad Zamzani bin Haji Mohd Zain pada tarikh perbicaraan bermula dari 4hb hingga 8hb Jun 2012 (dan berterusan) berkenaan (Kg Medan) “ethnic cleansing” dan “state sponsored direct discrimination against the Indians……….” seperti dalam kertas Pertuduhan Terpinda yang bertarikh 4hb Jun 2012 adalah Relevan kepada Pertuduhan.
9) Satu Perintah bahawa kesemua soalan balas dan kesemua dokumen-dokumen berkenaan (Kg Medan) “ethnic cleansing” dan “state sponsored direct discrimination against the Indians ……..” yang disoal dan/atau ingin disoal oleh Pemohon/Tertuduh sebagaimana dalam kertas pertuduhan Pindaan yang bertarikh 4hb Jun 2012 yang tidak dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Tuan Ahmad Zamzani bin Haji Mohd Zain dari tarikh 4hb Jun 2012 sehingga 8hb Jun 2012 dengan ini dibenarkan disoal dan diberikan kepada Pemohon/Tertuduh.
10) Bahawa Pertuduhan Pindaan terhadap Pemohon/Tertuduh disini yang bertarikh 4hb Jun 2012 dibatalkan menurut Seksyen 173 (g) Kanun Acara Jenayah dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah olehkerana penyerahan salinan fotostat gambar hitam putih oleh Timbalan Pendakwaraya (DPP) Puan Noorin binti Badaruddin dalam Ekshibit “P-1” kepada Pemohon/Tertuduh adalah berniat jahat (mala fide) dan “prejudicial” olehkerana “blacked out on material facts and may amount to fabricated evidence” bila dibandingkan dengan salinan fotostat yang jelas yang telah diberikan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
11) Bahawa demi kepentingan pentadbiran keadilan Timbalan Pendakwaraya (DPP) Puan Noorin binti Badaruddin tidak lagi menjadi Timbalan Pendakwaraya dalam Kes Hasutan No 3-62-548-2007 terhadap Pemohon/Tertuduh.
12) Bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Tuan Ahmad Zamzani bun Haji Mohd Zain menarik diri dari seterusnya mendengar kes Hasutan No. 3-62-548-2007 terhadap Pemohon/Tertuduh.
13) Bahawa Pertuduhan Pindaan bertarikh 4hb Jun 2012 terhadap Pemohon/Tertuduh dibatalkan menurut Seksyen 173 (g) Kanun Acara Jenayah dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah olehkerana Pemohon/Tertuduh sudahpun menjalani hukuman penjara tanpa bicara selama hampir 17 bulan (514 hari) dibawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Penjara Kamunting antaranya termasuk yang terkandung dalam Pertuduhan Pindaan yang bertarikh 4hb Jun 2012 (Double Jeopardy).
14) Bahawa Pertuduhan terhadap pemohon di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Kes Hasutan No: 3-62-548-2007 dibatalkan.
15) Secara alternatif Kes Hasutan No 3-62-548-2007 terhadap Pemohon/Tertuduh yang menjadi kes berkepentingan awam dipindahkan perbicarannya ke Mahkamah Tinggi Malaya
16) Bahawa segala prosiding mengenai pertuduhan ke atas Pemohon/Tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam Kes Hasutan No: 3-62-548-2007 digantung sehingga pelupusan muktamad permohonan disini.
17) Lain-lain perintah atau perintah selanjutnya yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
Alasan-alasan yang dinyatakan di dalam affidavit Uthayakumar a/l Ponnusamy yang diikrarkan pada 14 hb Jun 2012 dan difailkan di sini sebagai menyokong permohonan ini.
Bertarikh pada haribulan 2012
………………………………….. …………………..
Tetuan M. Manoharan & Co Timbalan Pendaftar
Bagi pihak Pemohon tersebut di atas Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur
Notis Usul ini difailkan oleh Tetuan M. Manoharan & Co, Peguamcara bagi pihak Pemohon yang beralamat di Suite C5-5, 5th Floor, Tower C, Wisma Goshen, Plaza Pantai, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel : 03-22832118, Fax : 03-22831322
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN
PERMOHONAN JENAYAH NO._________________ TAHUN 2012
Dalam perkara satu permohonan oleh
UTHAYAKUMAR A/L PONNUSAMY
Dan
Dalam perkara mengenai Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur Kes Tangkap No. 3-62-548-2007
Dan
Dalam perkara Seksyen 25 Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Dan
Dalam perkara kuasa-kuasa sedia ada Mahkamah Tinggi
ANTARA
UTHAYAKUMAR …PEMOHON
DAN
PENDAKWARAYA … RESPONDEN
AFFIDAVIT SOKONGAN
Saya, Uthayakumar a/l Ponnusamy Kad Pengenalan No: 611107-07-5815 yang beralamat di No 3-1-2, Pantai Hill Park, Phase II, Pantai, Kuala Lumpur adalah Pemohonan/ Tertuduh disini dan seorang Penguambela dan Peguamcara dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-
1. Saya adalah Pemohon/Tertuduh disini.
2. Segala fakta-fakta yang diikrarkan disini adalah daripada dokumen-dokumen yang terdapat didalam simpanan saya dan adalah dipercayai benar disepanjang pengetahuan dan ingatan saya.
3. Saya memohon kebenaran Mahkamah Yang Mulia ini untuk merujuk kepada Notis Usul yang telah difailkan bersama di sini dan mengikrarkan Afidavit ini untuk menyokong Notis Usul tersebut.
4. Saya adalah seorang aktivis dan Peguam Hak Asasi Manusia dan telah mejadi Peguambela dan Peguamcara dalam Tinggi Malaya di Kuala Lumpur selama dua puluh satu (21) tahun
5. Bermula dari tahun 1990 lagi sejak tamat pengajian Undang-Undang di London saya telah mula bergiat aktif dan membuat kes-kes secara pro bono (percuma) dalam kes-kes berkepentingan awam secara berperingkat-peringkat sehingga buat kali kesepuluh saya telah ditangkap dan ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) pada 13hb November 2007 dan sehingga ke hari ini. Selepas daripada itu saya telah ditangkap oleh pihak polis sebanyak dua kali lagi juga dalam kes-kes berkepentingan awam.
6. Pada 11hb November 2007 saya telah dituduh dibawah Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dimana perbicaraan sekarang telah ditetapkan untuk sambung bicara pada 18hb,19hb dan 27 hb Julai 2012. Sesalinan kertas Pertuduhan terhadap saya yang……..” menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman web “Police Watch.com…..” bersama-sama izin Pendakwaraya yang kedua-duanya bertarikh 11hb November 2007 ini dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-1”.
7. Izin Pendakwaraya di bawah Seksyen 5 Akta Hasutah 1948 yang bertarikh 11hb November 2007 turut menyatakan “kerana menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman web “Police Watch.com” sebagaimana dalam Ekshibit “UK-1” diatas.
8. Dua hari selepas itu iaitu pada 13hb Disember 2007 saya telah dipenjarakan tanpa bicara dibawah Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir tujuh belas (17) bulan (514 hari) antaranya juga untuk pertuduhan disini. Sesalinan Perintah Tahanan ISA dan Perintah Pembatalan ISA yang bertarikh 9hb Mei 2009 tersebut dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-2”.
9. Dengan pertuduhan Hasutan ini diteruskan oleh Pendakwaraya maka akan terdapat “double jeopardy” iaitu hukuman dua kali untuk Pertuduhan yang sama.
10. Lebih kurang empat (4) tahun dan tujuh (7) bulan dari tarikh Pertuduhan yang asal yang bertarikh 11hb November 2007 dan selepas Saksi utama Pendakwa “SP 1” iaitu DCP Dato Acryl Sani bin Abdullah Sani iaitu Ketua Polis Sarawak yang telahpun memberi keterangan selama sembilan (9) hari mengenai “……. menerbitkan satu penerbitan menghasut di lama web” Police Watch yang mempunyai alamat web” http://policewatchmalaysia.com…….” barulah Pertuduhan Pindaan bertarikh 4hb Jun 2012 telah dikenakan terhadap saya. Keadaan ini amat memprejudiskan kes Hasutan saya ini. Sesalinan kertas Pertuduhan terpinda ini yang bertarikh 4/6/12 dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-3”.
11. Pertuduhan Pindaan yang bertarikh 4hb Jun 2012 ini adalah satu perbuatan mala-fide olehkerana ianya telah dibuat selepas kerajaan Malaysia secara paksa menutup buat selama-lamanya laman web www.policewatchmalaysia sejak dari bulan Disember 2007 lagi sebaik selepas memenjarakan saya tanpa bicara dibawah ISA. Selepas “suppressing the evidence” of this website, pertuduhan ini diteruskan terhadap saya adalah “appears to be vindictive and malicious prosecution”.
12. Dan sekarang walaupun Pertuduhan terhadap saya telah dipinda pada 4/6/2012 namun Ekshibit P-1 yang dicetak dari lamanweb Police watch tersebut dan Ekshibit P-14 dan “P-16 berkaitan laman web Police Watch tersebut masih terus digunakan dalam perbicaraan ini.
13. Akan tetapi semasa mengemukakan Pertuduhan Terpinda di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4hb Jun 2012, dokumen izin Pendakwaraya mengenai “……melakukan perbuatan yang mempunyai kecendurangan menghasut …..” (sebagaimana dalam pertuduhan terpinda) telah tidak dikemukakan oleh pihak Pendakwaraya kepada Mahkamah ataupun kepada Peguamcara saya ataupun kepada saya. Saya percaya yang perkara ini adalah melanggari Artikel 145 (3) Perlembangan Persekutuan dibaca bersama dengan Seksyen 376 (1) Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 5 Akta Hasutan 1948.
14. Pada tarikh Perbicaraan 5hb Jun 2012 saya telah memohon supaya keterangan Saksi SP-1 iaitu DCP Dato Acryl Sani bin Abdullah Sani tersebut didengar semula (De Novo) tetapi ianya telah dibantah oleh Timbalan Pendakwaraya dan telah tidak dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen yang mulia tersebut. Keadaan ini juga turut memprejudiskan kes saya.
15. Sebaik selepas SP-1 mengangkat sumpah, Timbalan Pendakwaraya Puan Noorin binti Badaruddin telah “in effect” memberitahu Mahkamah “in effect” bahawa “SP-1” iaitu Ketua Polis Sarawak telah datang dari jauh dan supaya dapat menghabiskan keterangan beliau dalam minggu tersebut juga. Saya telah terpaksa menjawab yang “Justice hurried is Justice buried”.
16. Semasa perbicaraan Hakim Mahkamah Sesyen yang mulia tersebut telah bertanya mengenai berapa lama lagi saya akan soal balas Saksi SP-1 ini dan saya telah menjawab “weeks” olehkerana terpaksa merujuk kepada seribu lebih Memorandum, Resolusi, surat-surat selama tempoh hampir dua puluh satu tahun saya bergiat sebagai seorang aktivis Peguam bagi menunjukkan kesilapan-kesilapan atau kecacatan-kecacatan dalam mana-mana Kerajaan atau Perlembangan menurut peruntukan Seksyen 3 (2) (b) Akta Hasutan 1948.
17. Pada tarikh perbicaraan 4/6/12 tersebut Puan Noorin binti Badaruddin telah mengeluarkan kenyataan mengenai keadilan kepada saksi SP-1 yang saya faham sebagai tidak boleh teruskan lama dengan Saksi SP-1 ini di Mahkamah. Saya merasa seolah-olah tidak mengapa saya disabitkan kesalahan dan masuk penjara tetapi Saksi SP-1 adalah lebih penting.
18. Selepas daripada itu hampir kesemua soalan saya yang berkait langsung dengan pertuduhan terhadap saya iaitu (Kg Medan) “…… ethnic cleansing” dan “state sponsored direct discrimination against the Indians……….” telah dibantah oleh Timbalan pendakwaraya dan soalan-soalan saya tidak dibenarkan oleh Mahkamah.
19. Dalam mencari kebenaran dan dalam membela diri saya, saya telah soal balas Saksi “SP-1” tersebut secara “detail” yang telah dibantah bertubi-tubi oleh Timbalan Pendakwaraya Puan Noordin binti Badaruddin.
20. Menurut Pertuduhan Pindaan yang bertarikh 4hb Jun 2012 tersebut ianya telah tidak menyatakan secara specifik kecendurungan menghasut di bawah Seksyen 3 (1) Akta Hasutan 1948 yang mana satu iaitu samada (a),(b),(c),(d),(e) atau (f) yang Pendakwaraya meunuduh saya. Keadaan ini juga turut memprejudiskan kes saya.
21. Selanjutnya Pertuduhan Pindaan tersebut merujuk kepada “…… alamat No. 135-3, Jalan Taman 7, Kemayan Square, 70200, Seremban, Negeri Sembilan telah melakukan perbuataan…………” dan tidak lagi di alamat “8-10-5, Menara Mutiara Bangsar, jalan Liku off Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur” sebagaimana dalam Pertuduhan asal.
22. Walaupun Peguamcara saya iaitu En. M. Manoharan telah pada 4hb Jun 2012 berhujah yang dengan ini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tidak mempunyai bidang-kuasa mendengar pertuduhan ini, Timbalan Pendakwaraya telah membantah dan Mahkamah yang mulia tersebut telah tidak membenarkan permohonan Peguamcara saya tersebut.
23. Malah menurut nota prosiding peribadi saya pada tarikh perbicaraan 30hb September 2009 dan 14hb Januari 2010, Saksi pendakwa “SP-1” tersebut telah merujuk kepada Ekshibit P-1 dan memberi keterangan yang “seorang lelaki (India) dibunuh oleh polis dan gangster Melayu dikawasan Ampang pada himpunan aman Hindraf pada 25hb November 2007 (dan adalah hasutan).
24. Malah pada tarikh perbicaraan pada 14/1/10 saya telah cadangkan kepada Saksi SP-1 bahawa gambar dalam Ekshibit P-1 ini telah dimanipulasi oleh polis Cawangan Khas. Saksi SP-1 memberi keterangan selanjutnya yang kemudian beliau telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supterintenden Che Hamzah supaya menyiasat perkara ini.
25. Timbalan Pendakwaraya dalam menjalankan tugasnya secara adil patut telah tender Ekshibit “D-19” iaitu salinan berwarna Ekshibit P-1 yang jelas dan terang ‘on her own accord and from the very beginning’ dan tidak apabila saya “bernasib baik” dan berjaya hanya pada 4/6/2012 semasa menyoal-balas Saksi “SP-2” secara “detail”.
26. Disepanjang tarikh perbicaraan dari 4hb sehingga 8hb Jun 2012 saya telah berpuluh-puluh kali memohon supaya soalan balas saya dan dokumen-dokumen berkenaan (Kg Medan)…..“ethnic cleansing” dan “state sponsored direct discrimination against the Indians……….” dibenarkan olehkerana ianya adalah tertera dalam Pertuduhan Terpinda yang bertarikh 4hb Jun 2012 dan kerana ianya adalah Relevan dan soalannya dibenarkan tetapi hampir kesemuanya telah dibantah oleh Timbalan Pendakwaraya dan soalan-soalan saya tersebut telah tidak dibenarkan disoal oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang mulia tersebut
27. Peguamcara saya telah pada 14hb Jun 2012 memohon kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk Nota Keterangan yang lengkap tetapi masih belum menerimannya lagi. Saya akan mengekshibitkan Nota Keterangan tersebut dalam satu lagi Afidavit Tambahan sebaik selepas memperolehinya daripada Mahkamah Sesyen yang mulia tersebut.
28. Semasa perbicaraan kes Tangkapan saya ini pada 30/9/2009, Timbalan Pendakwaraya Puan Noorin binti Badaruddin telah menyerahkan satu gambar hitam putih kepada saya yang telah ditandakan sebagai Ekshibit “P-1”. Ekshibit “P-1” yang telah diberikan kepada saya ini adalah berniat jahat (mala fide) dan “prejudicial” olehkerana “blacked out on material facts and may amount to fabricated evidence” bila dibandingkan dengan salinan fotostat yang jelas, terang dan tidak prejudicial kepada saya yang telah diberikan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
29. Malah menurut Nota Keterangan peribadi saya pada tarikh perbicaraan 30/9/09 lagi saya telah mencadangkan yang Ekshibit “P-1” adalah “tampered”.
30. Puan Noorin binti Badaruddin tersebut telah memarahi saya dalam Mahkamah terbuka olehkerana soalan-soalan saya kepada Saksi SP-1 yang “detail”. Beliau juga katakan yang beliau “has been tolerating me” dan penggunaan perkataan “hey” terhadap saya. Pada pandangan saya beliau marah kerana saya enggan mengaku salah (sebagaimana berlaku dalam hampir 95% kes-kes jenayah samada tertuduh bersalah atau tidak) dan saya soal balas Saksi Pendakwa secara “detail”. Saya percaya beliau mempunyai personal vendetta terhadap saya “for reasons best known to her”
31. Saya sesungguhnya percaya yang perbuatan ini adalah mala-fide. Pada tarikh 5hb, 6hb dan separuh hari (2 ½ hari) pada 7hb Jun 2012 sahaja Puan Noorin telah membuat tiga puluh empat (34) bantahan yang soalanya ada “diret bearing on the charge” dan bantahanya dibenarkan oleh Mahkamah.
32. Saya telah selanjutnya meminta Saksi “SP-1”mengesahkan yang salinan Ekshibit P-1 yang telah diserahkan kepada saya tersebut adalah “in effect” “blackened out” on the material facts dan bahawa salinan Mahkamah adalah begitu jelas, terang dan nampak “background” terutamannya orang duduk dan pemuda dalam gambar nampak berdiri dan jelas tidak mati sebagaimana kes Hasutan Timbalan Pendakwaraya tersebut terhadap saya. Dan keadaan “in effect” langsung tidak mencemaskan sebagaimana yang telah diberi keterangan oleh saksi SP-1 sebelum daripada itu. Saksi SP-1 dalam soal balas pada 5hb Jun 2012 “in effect” telah sekarang mengesahkan/bersetuju dengan cadangan saya tersebut yang pemuda tersebut nampak berdiri dan tidak mati dan tidak mencemaskan. Saya memohon untuk merujuk kepada butir-butir terperinci seperti dalam Nota Keterangan apabila saya memperolehinya daripada pihak Mahkamah Sesyen yang mulia tersebut.
33. Dokumen berwarna oleh saksi “SP-2” ini telah ditandakan sebagai Ekshibit “D-19”. Saya telah memohon untuk salinan terang Ekshibit “P-1” dari fail Mahkamah tetapi telah tidak dibenarkan oleh Mahkamah yang mulia tersebut. “At best” pada tahap ini dalam membuat perbandingan saya cuma dapat mengekshibitkan Ekshibit “D-19” iaitu salinan berwarna, salinan “D-19” dalam hitam putih (yang lebih kurang sama dengan Ekshibit P-1 dari fail Mahkamah) dan salinan fotostat Ekshibit “P-1” yang telah diberikan kepada saya oleh Puan Noorin binti Badaruddin tersebut yang dilampirkan bersama disini dan ditandakan secara kolektif sebagai Ekshibit “UK- 4”.
34. Semasa disoal balas Saksi SP-1 iaitu DCP Dato Acryl Sani bin Abdullah Sani, iaitu Ketua Polis Sarawak yang pada masa material tersebut menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Persekutuan) Jabatan Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan di Bukit Aman, saya telah meminta Saksi “SP-1” merujuk kepada Ekshibit “P-1” dan saksi SP-1 telah diberikan salinan Ekshibit “P-1” dari fail Mahkamah oleh Jurubahasa. Pada ketika inilah saya ternampak yang salinan Ekshibit P-1 Mahkamah tersebut adalah berlainan, begitu jelas, terang dan tidak memprejudiskan kes saya tetapi salinan Ekshibit P-1 yang diberikan kepada saya oleh DPP Puan Noorin Badaruddin amat memprejudiskan kes saya. Sepatutnya salinan Ekshibit “P-1” yang diberikan kepada saya dan Mahkamah haruslah sama.
35. Pada tarikh perbicaraan 4hb Jun 2012 Saksi Pendakwa yang kedua (SP-2) iaitu ASP Redzaime Abdul Aziz semasa disoal balas oleh saya telah dipercayai tersilap kata yang terdapat salinan berwarna Ekshibit “P-1” dalam fail penyiasatan (I.P) beliau. Saya telah menelitinya dan bila dibandingkan dengan Ekshibit P-1 yang telah diberikan kepada saya, saya dapati yang pemberiaan Ekshibit P-1 kepada saya berniat jahat (mala fide) dan “prejudicial” olehkerana “blacked out on material facts and may amount to fabricated evidence” bila dibandingkan dengan salinan fotostat hitam putih yang jelas yang telah diberikan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
36. Saya telah menunjukkan kepada Tuan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang mulia tersebut iaitu Tuan Ahmad Zamzani bin Mohd Zain, kedua-dua gambar hitam putih ini dalam Ekshibit “P-1” dari fail Mahkamah dan yang telah diberikan kepada saya yang jauh berbeza dan juga Ekshibit “D-19” berwarna yang lebih jelas lagi daripada salinan dari fail Mahkamah tersebut dan yang memprejudiskan pendakwaan saya disini.
37. Selanjutnya saya telah memohon kepada Mahkamah Sesyen yang mulia tersebut untuk memberikan kepada saya sesalinan Mahkamah Ekshibit “P-1” tersebut “in the event of an appeal”.
38. Namun demikian Mahkamah yang mulia tersebut telah tidak membenarkan permohonan saya tersebut dan telah menyatakan yang keseluruhan fail akan dihantar ke Mahkamah Tinggi jika terdapat Rayuan.
39. Semasa berbalas hujahan dengan Timbalan Pendakwaraya Puan Noorin binti Badaruddin tersebut pada 5/6/12 saya juga telah membuat dakwaan yang seolah-olah terdapat “fabrication of evidence” berkenaan Ekshibit “P-1” oleh Timbalan Pendakwaraya tersebut.
40. Bersama lain-lain hujahan yang akan saya kemukakan semasa perbicaran dengan merujuk kepada Nota keterangan yang berkenaan saya tidak yakin akan mendapat perbicaraan yang adil dengan Puan Noorin binti Badaruddin ini terus menjadi Timbalan Pendakwaraya dalam kes Hasutan saya ini dan memohon kepada Mahakamah yang mulia ini untuk satu Perintah supaya Puan Noorin binti Badaruddin ini diperintahkan supaya tidak lagi menjadi Timbalan Pendakwaraya dalam kes Hasutan saya ini atas dasar kepentingan awam dan demi kepentingan keadilan dan pentadbiran kehakiman. Timbalan Pendakwaraya harus “ must be seen to be acting in the general public interest and not to be seen to be vindictive against me”.
41. Olehkerana sebab-sebab ini dan atas dan alasan-alasan lain seperti yang terkandung dalam Nota Keterangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terutamanya dari 22/3/2010 sehingga 8/6/2012 dan yang akan saya ekshibitkan dalam satu lagi Afidavit Tambahan selepas daripada itu apabila saya memperolehinya saya akan merujuk kepadanya semasa perbicaraan kelak, saya telah memohon kepada Mahkamah yang mulia ini supaya atas dasar kepentingan awam Timbalan Pendakwaraya diperintahkan supaya tidak lagi terus menjadi Pendakwa dalam kes Hasutan saya ini.
42. Dalam keadaan ini dan juga berdasarkan kepada Nota Keterangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terutamanya dari 4hb sehingga 8hb Jun 2012 khususnya dalam hujahan dalam kamar Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 7/6/2012 supaya Hakim menarik diri dari mendengar kes ini yang saya amat keberatan menyatakan secara terbuka disini untuk “preserve the integrity of the Courts”, saya dengan rendah diri dan tanpa niat untuk tidak menghormati Mahkamah yang mulia tersebut memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mulia ini supaya Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Tuan Ahmad Zamzani bin Mohd Zain diperintahkan supaya menarik diri dari terus mendengar kes Hasutan saya ini.
43. Saya telahpun menjalani hukuman penjara tanpa bicara selama hampir tujuh belas (17) bulan (514 hari) dibawah tahanan tanpa bicara dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Penjara Kamunting antaranya termasuk juga untuk pertuduhan pindaan disini yang adalah menjadi “Double Jeopardy”.
44. Dalam pada itu saya melampirkan dan mengekshibitkan Nota keterangan yang ada dalam simpanan saya iaitu bermula dari 11/12/2007 sehingga 15/2/2010 sebagai Ekshibit “UK-5”.
45. Saya telah selanjutnya demi keadilan memohon supaya kes saya ini secara alternative dipindahkan untuk Perbicaraan ke Mahkamah Tinggi Malaya.
46. Olehkerana hampir tidak terdapat pembela kepada masyarakat India miskin di Malaysia baik oleh pihak kerajaan, parti pembangkang ataupun masyarakat madani (civil society) saya telah tumpukan perhatian saya (focus) kepada masyarakat India miskin di Malaysia.
47. Sejak dari bulan September 1998 sehingga Oktober 2007 antara Memorandum-Memorandum dan Resolusi-Resolusi penting yang telah saya tulis dan dihantar kepada kerajaan Malaysia dengan tujuan untuk “menunjukkan kesilapan atau kecacatan-kecacatan dalam mana-mana kerajaan atau perlembangan……” sebagaimana yang dibenarkan menurut terutamanya Seksyen 3 (2) (b) adalah seperti berikut:-
1. Summary on why an Advocate and Solicitor’s statement cannot and should not be recorded under Section 112 of the Criminal Procedure Code (CPC) during police investigation. (Info line magazine September/October 1998 page 17)
2. Memorandum “Illegal, Unlawful and brutal death by police shooting” to Prime Minister Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dated 17th October 2000. (22 pages)
3. Nota bantahan Satu Tahun tragedi Kampung Medan dan tiada Royal Commission of Inquiry oleh Kerajaan Malaysia kepada Y. A. B Dato Seri Abdullah Badawi, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dated 8. 3. 2001 (10 pages).
4. Memorandum Tiada perlindungan polis untuk masyarakat India di kampong lindungan dan kawasan persekitarannya to Tan Sri Musa Hitam dated 30th March 2001. (33 pages)
5. Memorandum Seratus Hari Tragedi Kampung Medan to Tan Sri Musa Hitam dated 15th June 2001.
6. Protest note to Suhakam (Malaysian Human Rights Commission) “One Year of the Kampung Medan Tragedy and no open inquiry” dated 30/3/2002.
7. Memorandum (Meritocracy without merit, and the unfair entrance requirement into Public Universities is a violation of Human Rights especially to the Malaysian Indian Community. The Right to Public University education for all irrespective of ethnic origin) to Tan Sri Abu Talib Bin Othman (Chairman Malaysian Human Rights Commission) dated 7/6/2002. (20 pages)
8. Protest note ‘Pembunuhan Insan S. Tharmarajen (remaja 19 tahun) dalam tahanan polis dari 3. 4. 2002 sehingga 21. 6. 2002” to Inspector of General of Police Tan Sri Norian Mai dated 27/6/2002. (18 pages)
9. Memorandum “Assault and death of Tharmarajen a/l Subramaniam (19) and hundreds of others in police custody. Are we heading towards a police state?” to Suhakam (Human Rights Commission of Malaysia) dated 1st July 2002. (31 pages)
10. Memorandum on “A Trigger Happy Royal Malaysian Police Force” (1. 3 Persons shot dead per week by the Royal Malaysian Police Force (635 from 1989 -1999) The Star 11/05/99) as opposed to 18 fatal police shootings in New Zealand from 1940 to 2001 (61 years) to Deputy Prime Minister Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi dated 31st October 2002. (27 pages)
11. Memorandum “Stand up for justice its now or never” by Police Watch and human rights committee – Malaysia Reports from 1999- 31/08/2003 to Amnesty International London dated 8/9/2003. (433 pages). (By P. Waytha Moorthy)
12. Usul tergempar (Sidang Parlimen) mengenai penembakan mati secara kejam penuntut STPM Vikines a/l Vesvanathan oleh pasukan polis diraja Malaysia pada 11/10/2003 dan terutamanya masyarakat India Malaysia (60%) dan 1. 3 rakyat ditembak mati oleh polis Di Raja Malaysia setiap Minggu proposed by police watch 2 through Y. B. Dato’ Dr. Hasan Bin Haji Mohamad Ali. (9 pages).
13. Protest Note “The unlawful and on merciless shooting to death/ of murder of Vikines a/l Vesvanathan by the Royal Commission police force. Why are Malaysian Indians being targeted 75% Malaysians shot dead are Malaysian Indians warning and caution to the Royal Malaysian police force” to Inspector of General of Police Tan Sri Norian Mai dated 15/10/2003. (9 pages)
14. Protest note “Police lords in Malaysia (murderers of innocent people) case of Nagandren a/l Poobalan to Inspector Genral of Police, Malaysia Dato Seri Mohd Bakri Omar dated 28/1/2004. (25 pages)
15. Memorandum on Proposals and opinion/ rationale on the proposed amendments to the penal code and the criminal procedure code to Datuk Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad (Minister in the Prime Ministers Department) dated 19/8/2004. (19 pages)
16. Memorandum on “Police Abuses in Malaysia (1992 to 31-12-2004) –A General Overview to Y. A. Bhg. Tun Mohamed Dzaiddin Bin Abdullah Chairman, Royal Commission to enhance the Operations and Management of the Royal Malaysian Police Force dated 21/1/2005. (153 pages)
17. Memorandum on indiscriminate and unlawful hindu temple demolishment in Malaysia dated 11. 5. 2005 to Prime Minister of Malaysia, Y. A. B. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. (19 pages)
18. Memorandum Moorthy’s Struggle Islam – procedures for conversion, procedures on renunciation, jurisdiction and Constitutional crisis dated 28. 12. 2005. (22 pages)
19. Malaysian Police report card 2005 (criminal abuse of police power cases documented from 1. 1. 2005 to 31. 12. 2005) to Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi and Dato Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz dated 9. 3. 2006. (107 pages)
20. Protest note on Indiscriminate and unlawful hindu temple demolishments in Malaysia by the Federal, state and local authorities especially the Kuala Lumpur city hall at an alarming rate of at least one hindu temple being demolished in every three (3) weeks to Prime Minister of Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dated 25/5/2006. (5 pages)
21. Formal complaint to the United Nations on the unconstitutional conduct of the Malaysian government in demolishing places of worship belonging to the minority Hindus in Malaysia 2006.
22. Protest Note ‘Uphold Constitution & the law, prosecute hindu temple demolishment criminals who are demolishing hindu temples with impunity & stop hindu temple demolishments in Malaysia dated 29. 6. 2007 to the Hon. Attorney General of Malaysia. (Prepared by P. Waytha Moorthy and together with R. Kengatharan attended a meeting with the present Head of Prosecution Deputy Public Prosecutor Hanafiah at the Attorney General’s office Putrajaya on 29/6/07).
23. Hindraf’s 18 point Demands dated 12/8/2007.
24. Memorandum Bantahan perobohan kuil-kuil, rumah berhala dan dewa- dewa agama hindu di daerah Hulu Langat yang meliputi Kajang/ Semenyih/ Rinching/ Beranang/ Cheras/ Balakong/ Bangi/ Serdang oleh Majlis Perbandaran Kajang kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang dated October 2007. (2 pages)
25. Memorandum (No freedom of religion/ worship in Malaysia to United Nations 2007 (30 pages ).
Malaysian Bar (Council) Resolutions (1999-2007) proposed by myself:-
i. Immediately set up and independent commission of inquiry to investigate the Attorney General fully and make its findings public. (arising from Dato Seri Anwar Ibrahim’s case) (54th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 1999/2000 Annual Report 18th March 2000, Renaissance Hotel Kuala Lumpur).
ii. Protesting 3. 1 person per week shot dead by police of which 60% are Malaysian Indians. (56th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2001/02 Annual Report 23rd March 2002, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur).
iii. Royal Commission of Enquiry on the Kg Medan racial attacks, government failing to protect Indians. Ag to prosecute the Kg Medan criminals who killed 5 Indians and grievous bodily injuries to 100 over other etc. (57th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2002/03 Annual Report 22nd March 2003, Renaissance Hotel Kuala Lumpur).
iv. Motion calling for mandatory Inquiry and appropriate criminal action into all cases of death by police shooting, deaths in police custody and all six (6) deaths in the Kg. Medan racial attacks (not racial clashes) targeted at the innocent minority Malaysian Indian Community. . (Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2003/04 Annual Report 20th March 2004, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur).
v. Motion of no confidence against the Attorney General of Malaysia and the Inspector General of Police Malaysia. (Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2003/04 Annual Report 20th March 2004, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur).
vi. Motion 8. 3 on P. Uthayakumar being (falsely prosecuted) for criminal Intimidation by the Attorney General in arising out of the pro bono Inquest into death in police custody of S. Tharmarajah (19) (58th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2003/04 Annual Report 20th March 2004, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur). (proposed by M. Manogar)
vii. Item 5 A (iii) of the amendum to the agenda- Motion of no confidence (and Motion on mandatory inquest) against the Attorney General and Inspector General of Police Malaysia (Proposed by P. Uthayakumar) (59th Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2004/05 Annual Report 19th March 2005, Notel Nikko Kuala Lumpur).
viii. Item 5 (vii) Motion by P. Uthayakumar Seconder: M. Manogar Motion on Independent Police Investigations Tribunal, and Attorney General to prosecute without fear or favour all and any criminal abuse of police powers. (60th Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2005/06 Annual Report 18th March 2006, Legend Hotel Kuala Lumpur).
ix. Resolution at Bar Council AGM 2006 on 5A. 5 Motion for the Bar Council of Malaysia to institute Public Interest Litigation to compel the Government of Malaysia to form and implement the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) within two (2) weeks from 31. 5. 2006. 5A. 6 Motion of no confidence against the Attorney General for being extremely slow in prosecuting criminal abuse of police powers (only 0. 01% of the cases). (61st Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2006/07 Annual Report 17th March 2007, Legend Hotel Kuala Lumpur).
x. Item 8 (e)(i) of Motion dated 9/2/07 that the Bar Council files a Civil suit that the IPCMC be implemented, Motion of no confidence against the Attorney General for not prosecuting criminal policemen. (62nd Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2007/08 Annual Report 15th March 2008, Legend Hotel Kuala Lumpur).
48. Akibat daripada kritikan saya yang secara membina terhadap kerajaan dari pemantauan terkini kami, kami telah berjaya menurunkan lebih kurang 97% kes-kes kematian dalam lokap polis 97% kes-kes menembak mati suspek oleh polis dan 97% kes-kes perobohan kuil-kuil Hindu oleh kerajaan yang pada tahun 2007 memuncak dengan satu kuil hindu dirobohkan dalam setiap sepuluh hari di Negeri Selangor shaja menurut jawapan Menteri Besar Selangor dalam sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2008. Dan juga 50% penurunan dalam kes-kes “abuse of police powers” terhadap masyarakat India miskin di Malaysia.
49. Walaupun dengan kritikan saya yang lantang seperti diatas tiada sebarang tindakan pertuduhan jenayah telah diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia terhadap saya sehingga tahun 2003 apabila saya mula mendapat sokongan rakyat. Pada tahun 2003 saya telah ditangkap dan dituduh dalam satu pertuduhan “criminal intimidation” (semasa satu perbicaraan Inkues) terhadap seorang Chief Inspector polis yang dituduh oleh keluarga mangsa sebagai yang telah menyebabkan kematian anak mereka S. Tharmarajan (18) semasa dalam tahanan polis.
50. Malah daripada kritikan saya membina ini Kerajaan telah bertindak secara positif dengan mengambil tindakan yang serius pada tahap politik tertinggi dengan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet berkenaan masyarakat India yang diketuai oleh “no less than the Prime Minister himself”.
51. Saya percaya yang saya dituduh dalam pertuduhan disini adalah olehkerana kerja-kerja activism hak asasi manusia saya dan tidak kerana saya telah melakukan satu perbuatan jenayah atau dibawah Akta Hasutan. Saya percaya yang terdapat “arahan politik” untuk seberapa segera dalam menyabitkan saya dengan pertuduhan ini supaya saya tidak dapat bertanding dalam pilihanraya umum yang ketiga belas (13) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sekarang.
52. Saya percaya yang Akta Hasutan 1948 sejak era zaman penjajah ini sudahpun ketinggalan zaman. Malah Kerajaan Malaysia melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz telah menyatakan “Sedition Act outdated, say Nazri”. Sesalinan laporan akhbar portal Internet Free Malaysia Today bertarikh 23/3/2011 dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-6”.
53. Malah saya pernah membaca berita akhbar yang Jabatan Peguam Negara sendiri telah menganjurkan satu forum berkenaan Akta Hasutan ini dengan tujuan mendapat maklum balas dalam memansuhkan Akta Hasutan sepertimana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimasukkan dalam proses transformasi Undang-Undang oleh Kerajaan.
54. Pendakwaan ini sewajarnya harus ditarik balik “in good faith and to move on”.
55. Saya dengan ini dengan rendah diri memohon untuk satu Perintah seperti yang dipohon disini.
Bertarikh pada 14 haribulan Jun 2012 )
Diikrarkan oleh Uthayakumar a/l Ponnusamy )
Pada / /2012 )
Pada pukul pagi/petang )
Di Kuala Lumpur )
(Terjemahan tidak diperlukan )
Dihadapan saya,
……….…………….
Pesuruhjaya Sumpah
Affidavit Sokongan ini difailkan oleh Tetuan M. Manoharan & Co, Peguamcara bagi pihak Pemohon yang beralamat di Suite C5-5, 5th Floor, Tower C, Wisma Goshen, Plaza Pantai, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22832118, Fax : 03-22831322 (Ref: UK/2012 DPP & Court @ Hg Ct/anu)


