Tuan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur
(Bahagian Jenayah) Serahan Tangan
Kompleks Mahkamah Jalan Duta
50592 Kuala Lumpur
27hb Julai 2012
Tuan,
Per : 1) Permohonan Jenayah No 44-111-061 Tahun 2012
2) Dua Rayuan Jenayah kepada Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur difailkan pada 13/6/2012.
3) Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Kes Tangkap No. 3-62-548-2007
Pendakwaraya Lawan Uthayakumar a/l Ponnusamy
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kami merujuk kepada perkara tersebut di atas di mana kami mewakili pihak Tertuduh/Pemohon dalam tindakan ini.
Kami ingin membawa kepada perhatian Mahkamah yang mulia ini bahawa pada tarikh 13/6/2012 dua Notis Rayuan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi masih belum ditetapkan tarikh perbicaraanya:-
1) Satu adalah Notis Rayuan untuk membatalkan pertuduhan di bawah Seksyen 173 (g) Kanun Acara Jenayah.
2) Satu lagi adalah Notis Rayuan untuk penarikan diri (Recusal) Yang Arif Tuan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dari mendengar kes ini.
Pada tarikh 18hb Jun 2012 satu lagi Notis Usul No 44-111-061 tahun 2012 telah difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Jenayah) antara lain memohon keputusan Mahkamah mengenai persoalan Undang-undang dan juga untuk satu Perintah untuk Penggantungan Prosiding dalam kes Tangkap (Hasutan) No 14 (3)-62-548-07 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Melalui surat kami yang betraikh 17/7/2012 anakguam kami telah membuat satu representasi kepada Perdana Menteri, Menteri Undang-Undang dan juga Peguam Negara Malaysia supaya menarik balik pertuduhan ini memandangkan pengumuman polisi kerajaan pada 12/7/12 bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan sejajar dengan polisi transformasi undang-undang kerajaan.
Dalam pada itu walaupun kami telah memohon untuk satu penangguhan perbicaraan di Mahkamah Sesyen pada 18 dan 19hb Julai 2012, namun ianya telah tidak dibenarkan dan telah ditetapkan untuk sambung bicara pada 27/7/2012 dan juga 13/8/12.
Pada 25/7/12 Pemohon/Tertuduh telah memfailkan dan menyampaikan satu Affidavit Jawapan Pemohon 12 mukasurat dan 8 Ekshibit kepada Affidavit Jawapan Pendakwaraya. Kami percaya pihak Pendakwa memerlukan masa untuk menjawab affidavit tersebut.
Kami telah melalui surat kami bertarikh ……….. dan 23/7/2012 memohon dan masih menunggu untuk Nota Keterangan dari Mahkamah Sesyen untuk diekshibitkan sebagai satu lagi Affidavit Tambahan di Mahkamah Tinggi disini.
Oleh yang demikian kami dengan ini rendah diri memohon supaya satu tarikh Perbicaraan ditetapkan pada tarikh 27/7/2012 atau seberapa segera yang boleh untuk mendengar Prayer 16 dalam Notis Usul tersebut iaitu Permohonan Penggantungan segala prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sehingga rayuan-rayuan anakguam kami ini dapat didengar di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur.
Kerjasama dan budi bicara Mahkamah disanjung tinggi.
Sekian terima kasih,
Yang benar,
………………..
s.k: Ketua Unit Perbicaraan
(Bahagian Perbicaraan Dan Rayuan)
Jabatan Peguam Negara Serahan Tangan
Aras 5, No. 45 Persiaraan Perdana By Fax
Presint 4, 62100 Putrajaya


