Get Adobe Flash player
Hindraf de facto leader P.Uthayakumar as a matter of principle ready to be jailed up to 3 years or will opt for jail even if only a fine is imposed & will not apply for stay of jail sentence for Sedition letter case to UK PM Gordon Brown on Kg Medan ethnic cleansing, Malay supremacist govt policies & UMNO institutional racism etc victimising Indian poor in Malay-sia : 9.00 a.m on 3rd, 4th & 5th June 2013 K.L. Sessions Court. Pathmarajah & Co. Chartered Accountants - Maybank Acct No. : 514075011112 - "You Must Be The Change You wish To See In The World" ~ Gandhi - Follow us on www.hindraf.org , Twitter - HINDRAF1 or Facebook Hindraf Support Group.

images

 

DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DI PUTRAJAYA

(BIDANG KUASA SEMAKAN)

PERMOHONAN JENAYAH NO……………………………………..2012

ANTARA

UTHAYAKUMAR PONNUSAMY                                             ….PEMOHON

DAN

PENDAKWA RAYA                                                               …RESPONDEN

DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

(BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO: 05-43-03/2012(W)

ANTARA

UTHAYAKUMAR PONNUSAMY                                                ….PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA                                                             …RESPONDEN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA

(BIDANGKUASA RAYUAN )

RAYUAN JENAYAH NO: W-09-32-2011

ANTARA

UTHAYAKUMAR PONNUSAMY                                                     ….PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA                                                                  …RESPONDEN

[DALAM MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

(BIDANGKUASA RAYUAN)

PERMOHONAN JENAYAH NO: 44-259-2010

ANTARA

UTHAYAKUMAR PONNUSAMY                                                       …. PEMOHON

DAN

PENDAKWA RAYA                                                                         …RESPONDEN

NOTIS USUL

Sila ambil perhatian bahawa Mahkamah Yang Mulia ini akan mengusulkan pada haribulan 2012 jam pagi atau seberapa cepat selepas itu Peguam bagi pihak Pemohon boleh didengar untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:-

(1) Bahawa Pemohon diberi kebenaran untuk memohon satu Perintah bahawa Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 25hb Jun 2012 yang menolak permohonan Pemohon disemak dan diketepikan oleh Mahkamah yang mulia ini.

(2) Bahawa Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 25hb Jun 2012 yang menolak permohonan Pemohon disemak dan diketepikan oleh Mahkamah yang mulia ini.

(3) Bahawa Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Pemohon bahawa Akta Hasutan 1948 adalah ultra vires dan tidak sah menurut peruntukan Artikel 4(1) dibaca bersama Artikel 10(1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

(4) Bahawa Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Pemohon bahawa Pertuduhan terhadap Pemohon menurut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 adalah ultra vires dan tidak sah menurut Artikel 10(1) (a) dibaca bersama Artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan dengan pengumuman umum perubahan polisi transformasi Undang-Undang kerajaan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang Akta Hasutan 1948 era penjajah British dimansuhkan olehkerana telah pun menjadi “outdated” dan “obsolete”

(5) Bahawa pertuduhan terhadap Pemohon/Tetuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam Kes Tangkap No. 3-62-548-2007 dibatalkan.

(6) Bahawa segala prosiding mengenai pertuduhan ke atas Pemohon/Tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam Kes Jenayah (Hasutan) No. 3-62-548-2007 digantung sehingga pelupusan muktamad permohonan disini.

(7) Bahawa satu Perintah Interim diberikan supaya segala prosiding mengenai pertuduhan ke atas Pemohon/Tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

dalam Kes Jenayah (Hasutan) No. 3-62-548-2007 digantung sehingga pelupusan muktamad permohonan disini.

(8) Apa jua perintah dan/atau relif lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah yang mulia ini.

Alasan-alasan permohonan ini adalah seperti berikut:-

(a) Lebih kurang dua (2) minggu selepas daripada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam menolak Rayuan jenayah Hasutan di sini pada tarikh 25/6/2012, melalui satu pengumuman umum perubahan polisi kerajaan oleh Ketua Penggubal Undang-undang merangkap Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 era penjajah British olehkerana telahpun menjadi outdated dan “obsolete” dan telah memberi jaminan berkenaan kebebasan bersuara yang telahpun dijamin dibawah Artikel 10(1) (a) Perlembagaan Persekutuan sejajar dengan polisi transformasi Undang-Undang Malaysia (Rujukan: New Straits Times and Utusan Malaysia headlines dated 12 July 2012).

(b) Melalui satu lagi pengumuman umum perubahan polisi kerajaan berikutnya oleh Menteri yang bertanggungjawab mengenai Penggubalan Undang-undang merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (De facto Law Minister) Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz yang dilaporkan berkata " The National Harmony Act, which replace the Sedition Act 1948 allows criticism of government and leaders in the effort to guarantee freedom of speech as enshrined in the country’s constitution, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz. He said under the Sedition Act, this was not permitted. “The Sedition Act has a provision of not allowing the raising of anger against the government, but now we have discarded it. “Criticisms leveled at the government and leaders are legitimate as freedom of speech is guaranteed under the Constitution. We should face the criticism by the people as this will serve as a check and balance for the government to realize its weaknesses, he said……. (New Straits Times dated 15 July 2012 at page 16 reporting the National News Agency Bernama report).

(c) Pada setiap masa yang material Pemohon/Tertuduh sejak (bermula tahun 1990) tahun 1998 sehingga dituduh pada 11/12/07 telah hanya mengkritik kerajaan Malaysia dengan niat baik dan dengan tujuan untuk “menunjukkan kesilapan atau kecatatan-kecatatan dalam mana-mana kerajaan atau perlembangan…..”dengan tujuan hendak membetulkan kesilapan-kesilapan atau kecacatan-kecacatan

itu sebagaimana yang dibenarkan menurut terutamanya Seksyen 3 (2) (b) Akta Hasutan 1948.

(d) Dengan ini terdapat keadaan istimewa (Special circumstances) yang membolehkan Mahkamah yang mulia ini membuat Semakan kepada

keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia yang telah diberikan pada 25 Jun 2012.

(e) Bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah diberikan pada 25 Jun 2012 telah mengakibatkan ketidakadilan yang serius dan Mahkamah yang Mulia ini diwajibkan untuk menghalang ketidakadilan tersebut di bawah peraturan 137, Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan, 1995 atau dibawah bidang kuasa sedia ada dan membenarkan permohonan seperti mana dipohon dalam permohonan disini atau apa jua perintah dan/atau relif lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini sepertimana dipohon disini.

(f) Sejak dari bulan September 1998 (bermula 1990) sehingga Oktober 2007 antara Memorandum-Memorandum dan Resolusi-Resolusi Malaysian Bar (Council) penting (tidak termasuk beratus-ratus pucuk surat saya kepada kerajaan) yang telah saya tulis dan dihantar kepada kerajaan Malaysia adalah seperti berikut:-

1. Summary on why an Advocate and Solicitor’s statement cannot and should not be recorded under Section 112 of the Criminal Procedure Code (CPC) during police investigation. (Info line magazine September/October 1998 page 17)

2. Memorandum “Illegal, Unlawful and brutal death by police shooting” to Prime Minister Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dated 17th October 2000. (22 pages)

3. Nota bantahan Satu Tahun tragedi Kampung Medan dan tiada Royal Commission of Inquiry oleh Kerajaan Malaysia kepada Y. A. B Dato Seri Abdullah Badawi, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dated 8. 3. 2001 (10 pages).

4. Memorandum Tiada perlindungan polis untuk masyarakat India di kampong lindungan dan kawasan persekitarannya to Tan Sri Musa Hitam dated 30th March 2001. (33 pages)

5. Memorandum Seratus Hari Tragedi Kampung Medan to Tan Sri Musa Hitam dated 15th June 2001.

6. Protest note to Suhakam (Malaysian Human Rights Commission) “One Year of the Kampung Medan Tragedy and no open inquiry” dated 30/3/2002.

7. Memorandum (Meritocracy without merit, and the unfair entrance requirement into Public Universities is a violation of Human Rights especially to the Malaysian Indian Community. The Right to Public University education for all irrespective of ethnic origin) to Tan Sri Abu Talib Bin Othman (Chairman Malaysian Human Rights Commission) dated 7/6/2002. (20 pages)

8. Protest note ‘Pembunuhan Insan S. Tharmarajen (remaja 19 tahun) dalam tahanan polis dari 3. 4. 2002 sehingga 21. 6. 2002” to Inspector of General of Police Tan Sri Norian Mai dated 27/6/2002. (18 pages)

9. Memorandum “Assault and death of Tharmarajen a/l Subramaniam (19) and hundreds of others in police custody. Are we heading towards a police state?” to Suhakam (Human Rights Commission of Malaysia) dated 1st July 2002. (31 pages)

10. Memorandum on “A Trigger Happy Royal Malaysian Police Force” (1. 3 Persons shot dead per week by the Royal Malaysian Police Force (635 from 1989 -1999) The Star 11/05/99) as opposed to 18 fatal police shootings in New Zealand from 1940 to 2001 (61 years) to Deputy Prime Minister Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi dated 31st October 2002. (27 pages)

11. Memorandum “Stand up for justice its now or never” by Police Watch and human rights committee – Malaysia Reports from 1999- 31/08/2003 to Amnesty International London dated 8/9/2003. (433 pages). (By P. Waytha Moorthy)

12. Usul tergempar (Sidang Parlimen) mengenai penembakan mati secara kejam penuntut STPM Vikines a/l Vesvanathan oleh pasukan polis diraja Malaysia pada 11/10/2003 dan terutamanya masyarakat India Malaysia (60%) dan 1. 3 rakyat ditembak mati oleh polis Di Raja Malaysia setiap Minggu proposed by police watch 2 through Y. B. Dato’ Dr. Hasan Bin Haji Mohamad Ali. (9 pages).

13. Protest Note “The unlawful and on merciless shooting to death/ of murder of Vikines a/l Vesvanathan by the Royal Commission police force. Why are Malaysian Indians being targeted 75% Malaysians shot dead are Malaysian Indians warning and caution to the Royal Malaysian police force” to Inspector of General of Police Tan Sri Norian Mai dated 15/10/2003. (9 pages)

14. Protest note “Police lords in Malaysia (murderers of innocent people) case of Nagandren a/l Poobalan to Inspector Genral of Police, Malaysia Dato Seri Mohd Bakri Omar dated 28/1/2004. (25 pages)

15. Memorandum on Proposals and opinion/ rationale on the proposed amendments to the penal code and the criminal procedure code to Datuk Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad (Minister in the Prime Ministers Department) dated 19/8/2004. (19 pages)

16. Memorandum on “Police Abuses in Malaysia (1992 to 31-12-2004) –A General Overview to Y. A. Bhg. Tun Mohamed Dzaiddin Bin Abdullah Chairman, Royal Commission to enhance the Operations and Management of the Royal Malaysian Police Force dated 21/1/2005. (153 pages)

17. Memorandum on indiscriminate and unlawful hindu temple demolishment in Malaysia dated 11. 5. 2005 to Prime Minister of Malaysia, Y. A. B. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. (19 pages)

18. Memorandum Moorthy’s Struggle Islam – procedures for conversion, procedures on renunciation, jurisdiction and Constitutional crisis dated 28. 12. 2005. (22 pages)

19. Malaysian Police report card 2005 (criminal abuse of police power cases documented from 1. 1. 2005 to 31. 12. 2005) to Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi and Dato Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz dated 9. 3. 2006. (107 pages)

20. Protest note on Indiscriminate and unlawful hindu temple demolishments in Malaysia by the Federal, state and local authorities especially the Kuala Lumpur city hall at an alarming rate of at least one hindu temple being demolished in every three (3) weeks to Prime Minister of Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dated 25/5/2006. (5 pages)

21. Formal complaint to the United Nations on the unconstitutional conduct of the Malaysian government in demolishing places of worship belonging to the minority Hindus in Malaysia 2006.

22. Protest Note ‘Uphold Constitution & the law, prosecute hindu temple demolishment criminals who are demolishing hindu temples with impunity & stop hindu temple demolishments in Malaysia dated 29. 6. 2007 to the Hon. Attorney General of Malaysia. (Prepared by P. Waytha Moorthy and together with R. Kengatharan attended a meeting with the present Head of Prosecution Deputy Public Prosecutor Hanafiah at the Attorney General’s office Putrajaya on 29/6/07).

23. Hindraf’s 18 point Demands dated 12/8/2007.

24. Memorandum Bantahan perobohan kuil-kuil, rumah berhala dan dewa- dewa agama hindu di daerah Hulu Langat yang meliputi Kajang/ Semenyih/ Rinching/ Beranang/ Cheras/ Balakong/ Bangi/ Serdang oleh

Majlis Perbandaran Kajang kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang dated October 2007. (2 pages)

25. Memorandum (No freedom of religion/ worship in Malaysia to United Nations 2007 (30 pages ).

Malaysian Bar (Council) Resolutions (1999-2007) proposed by myself:-

i. Immediately set up and independent commission of inquiry to investigate the Attorney General fully and make its findings public. (arising from Dato Seri Anwar Ibrahim’s case) (54th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 1999/2000 Annual Report 18th March 2000, Renaissance Hotel Kuala Lumpur).

ii. Protesting 3. 1 person per week shot dead by police of which 60% are Malaysian Indians. (56th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2001/02 Annual Report 23rd March 2002, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur).

iii. Royal Commission of Enquiry on the Kg Medan racial attacks, government failing to protect Indians. Ag to prosecute the Kg Medan criminals who killed 5 Indians and grievous bodily injuries to 100 over other etc. (57th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2002/03 Annual Report 22nd March 2003, Renaissance Hotel Kuala Lumpur).

iv. Motion calling for mandatory Inquiry and appropriate criminal action into all cases of death by police shooting, deaths in police custody and all six (6) deaths in the Kg. Medan racial attacks (not racial clashes) targeted at the innocent minority Malaysian Indian Community. . (Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2003/04 Annual Report 20th March 2004, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur).

v. Motion of no confidence against the Attorney General of Malaysia and the Inspector General of Police Malaysia. (Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2003/04 Annual Report 20th March 2004, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur).

vi. Motion 8. 3 on P. Uthayakumar being (falsely prosecuted) for criminal Intimidation by the Attorney General in arising out of the pro bono Inquest into death in police custody of S. Tharmarajah (19) (58th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2003/04 Annual Report 20th March 2004, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur). (proposed by M. Manogar).

vii. Item 5 A (iii) of the amendum to the agenda- Motion of no confidence (and Motion on mandatory inquest) against the Attorney General and Inspector General of Police Malaysia (Proposed by P. Uthayakumar) (59th Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2004/05 Annual Report 19th March 2005, Notel Nikko Kuala Lumpur).

viii. Item 5 (vii) Motion by P. Uthayakumar Seconder: M. Manogar Motion on Independent Police Investigations Tribunal, and Attorney General to prosecute without fear or favour all and any criminal abuse of police powers. (60th Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2005/06 Annual Report 18th March 2006, Legend Hotel Kuala Lumpur).

ix. Resolution at Bar Council AGM 2006 on 5A. 5 Motion for the Bar Council of Malaysia to institute Public Interest Litigation to compel the Government of Malaysia to form and implement the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) within two (2) weeks from 31. 5. 2006. 5A. 6 Motion of no confidence against the Attorney General for being extremely slow in prosecuting criminal abuse of police powers (only 0. 01% of the cases). (61st Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2006/07 Annual Report 17th March 2007, Legend Hotel Kuala Lumpur).

x. Item 8 (e)(i) of Motion dated 9/2/07 that the Bar Council files a Civil suit that the IPCMC be implemented, Motion of no confidence against the Attorney General for not prosecuting criminal policemen. (62nd Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2007/08 Annual Report 15th March 2008, Legend Hotel Kuala Lumpur).

Alasan-alasan terperinci yang menyokong permohonan ini adalah terkandung dalam afidavit Pemohon, Uthayakumar a/l Ponnusamy yang adalah diikrarkan dan difailkan bersama-sama ini.

Bertarikh pada haribulan Ogos 2012

…………………………………….                                            ………………………………………..

Penguamcara Pemohon                                                            Timbalan Pendaftar

                                                                                                Mahkamah Rayuan Malaysia

                                                                                               Putrajaya

 

Kepada:

 

Pendakwa Raya

Jabatan Peguam Negara

Bahagian Perbicaraan & Rayuan

Aras 5, No 45, Lot4G7

Persiaran Perdana Presint 4

62050 Putrajaya

 

NOTIS USUL ini difailkan bagi pihak Pemohon tersebut diatas oleh Tetuan M. Manoharan & Co. Peguamcara bagi pihak Pemohon tersebut di atas yang beralamat di Suite C-5-5, Tingkat 5, Tower C, Wisma Goshen, Plaza Pantai,Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-22832388 / Faks: 03-22831322

(Ruj: KH/J/57/07/anu)

 

DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DI PUTRAJAYA

(BIDANG KUASA SEMAKAN)

PERMOHONAN JENAYAH NO……………………………………..2012

ANTARA

UTHAYAKUMAR PONNUSAMY                                            ….PEMOHON

DAN

PENDAKWA RAYA                                                           …RESPONDEN

DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

(BIDANG KUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO: 05-43-03/2012(W)

ANTARA

UTHAYAKUMAR PONNUSAMY                                               ….PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA                                                        …RESPONDEN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA

(BIDANGKUASA RAYUAN )

RAYUAN JENAYAH NO: W-09-32-2011

ANTARA

UTHAYAKUMAR PONNUSAMY                                                  ….PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA                                                              …RESPONDEN

[DALAM MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

(BIDANGKUASA RAYUAN)

PERMOHONAN JENAYAH NO: 44-259-2010

ANTARA

UTHAYAKUMAR PONNUSAMY                                                   ….PEMOHON

DAN

PENDAKWA RAYA                                                                      …RESPONDEN

AFFIDAVIT SOKONGAN

Saya, Uthayakumar a/l Ponnusamy Kad Pengenalan No: 611107-07-5815 yang beralamat di No 3-1-2, Pantai Hill Park, Phase II, Pantai, Kuala Lumpur adalah Pemohon/Tertuduh disini dan seorang Penguambela dan Peguamcara dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah Pemohon/Tertuduh disini.

2. Segala fakta-fakta yang diikrarkan disini adalah daripada dokumen-dokumen yang terdapat didalam simpanan saya dan adalah dipercayai benar disepanjang pengetahuan dan ingatan saya.

3. Saya memohon kebenaran Mahkamah Yang Mulia ini untuk merujuk kepada Notis Usul yang telah difailkan bersama di sini dan mengikrarkan Afidavit ini untuk menyokong Notis Usul tersebut.

4. Saya adalah seorang aktivis dan Peguam Hak Asasi Manusia dan telah mejadi Peguambela dan Peguamcara dalam Tinggi Malaya di Kuala Lumpur selama dua puluh satu (21) tahun

5. Bermula dari tahun 1990 lagi sejak tamat pengajian Undang-Undang di London saya telah mula bergiat aktif dan membuat kes-kes secara pro bono (percuma) dalam kes-kes berkepentingan awam secara berperingkat-peringkat sehingga buat kali kesepuluh saya telah ditangkap dan ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13hb November 2007 dan sehingga ke hari ini. Selepas daripada itu saya telah ditangkap oleh pihak polis sebanyak dua kali lagi juga dalam kes-kes berkepentingan awam.

6. Pada 11hb November 2007 saya telah dituduh dibawah Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dimana perbicaraan sekarang telah ditetapkan untuk sambung bicara pada 13/8/2012 iaitu mengenai sepucuk surat Hindraf kepada The Rt Hon Gordon Brown, Perdana Menteri United Kingdom pada masa tersebut. Sesalinan kertas Pertuduhan terhadap saya yang……..” menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman web “Police Watch.com…..” dan bertarikh 11hb November 2007 ini dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-1”.

7. Dua hari selepas itu iaitu pada 13hb Disember 2007 saya telah ditangkap dan dipenjarakan tanpa bicara dibawah Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir tujuh belas (17) bulan (514 hari) antaranya juga untuk pertuduhan yang terdapat dalam pertuduhan disini. Terutamanya dalam Butiran nombor 1,2,5,6,7,8 dan 9 dalam Pengataan fakta untuk Perintah Tahanan ISA yang bertarikh 13/12/07 tersebut adalah “overlapping” dengan pertuduhan jenayah Hasutan terhadap saya. Sesalinan Perintah Tahanan ISA Pengataan Fakta untuk Perintah Tahanan ISA dan Perintah Pembatalan ISA yang bertarikh 9hb Mei 2009 tersebut dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-2”.

8. Dengan pertuduhan Hasutan ini diteruskan oleh Pendakwaraya maka akan terdapat “double jeopardy” iaitu hukuman dua kali untuk Pertuduhan yang sama.

9. Lebih kurang empat (4) tahun dan tujuh (7) bulan dari tarikh Pertuduhan yang asal yang bertarikh 11hb November 2007 dan selepas Saksi utama Pendakwa “SP 1” iaitu DCP Dato Acryl Sani bin Abdullah Sani iaitu Ketua Polis Sarawak yang telahpun memberi keterangan selama sembilan (9) hari mengenai “……. menerbitkan satu penerbitan menghasut di lama web” Police Watch yang mempunyai alamat web” http://policewatchmalaysia.com…….” barulah Pertuduhan Pindaan bertarikh 4hb Jun 2012 telah dikenakan terhadap saya. Keadaan ini amat memprejudiskan kes Hasutan saya ini. Sesalinan kertas Pertuduhan terpinda ini yang bertarikh 4/6/12 dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-3”.

10. Pertuduhan Pindaan yang bertarikh 4hb Jun 2012 ini adalah satu perbuatan mala-fide olehkerana ianya telah dibuat selepas kerajaan Malaysia secara paksa menutup buat selama-lamanya laman web www.policewatchmalaysia sejak dari bulan Disember 2007 lagi sebaik selepas memenjarakan saya tanpa bicara dibawah ISA. Selepas “suppressing the evidence” of this website, pertuduhan ini diteruskan terhadap saya adalah “appears to be vindictive, malicious and is a politically motivated prosecution”.

11. Dan sekarang walaupun Pertuduhan terhadap saya telah dipinda pada 4/6/2012 namun terutamanya Ekshibit Mahkamah P-13 (dalam Ekshibit “UK-3” disini) iaitu surat Hindraf kepada The Rt Hon Gordon Brown yang dicetak dari lamanweb Police Watch tersebut masih terus digunakan dalam perbicaraan ini.

12. Perkara ini adalah juga walaupun Timbalan Pendakwaraya pada tarikh perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4/6/12 telah mengesahkan yang penerima surat tersebut iaitu The Rt Hon Gordon Brown tidak akan dipanggil sebagai saksi dalam kes jenayah disini.

13. Lebih kurang dua (2) minggu selepas daripada keputusan Mahkamah Persekutuan melalui Rayuan Jenayah No 05-43-03/2012 (W) pada tarikh 25/6/2012 tersebut, melalui satu pengumuman umum perubahan polisi transformasi Undang-Undang kerajaan oleh Ketua Penggubal Undan-undang merangkap Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak telah bersetuju memansuhkan Akta Hasutan 1948 era zaman penjajah British yang telahpun menjadi “outdated dan obsolete”. Y.A.B telah memberi jaminan berkenaan kebebasan bersuara yang telahpun dijamin dibawah Artikel 10(1) (a) Perlembagaan Persekutuan (Rujukan: New Straits Times dan Utusan Malaysia headlines dated 12 July 2012). Sesalinan laporan-laporan akbar ini dilampirkan bersama disini dan di tandakan sebagai Ekshibit “UK-4”.

14. Melalui satu lagi pengumuman umum perubahan polisi kerajaan seterusnya oleh Menteri yang bertanggungjawab mengenai Penggubalan Undang-undang merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (De facto Law Minister) Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz telah dilaporkan berkata " The National Harmony Act, which replace the Sedition Act 1948 allows criticism of government and leaders in the effort to guarantee freedom of speech as enshrined in the country’s constitution, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz. He said under the Sedition Act, this was not permitted. “The Sedition Act has a provision of not following the raising of anger against the government, but now we have discarded it. “Criticisms leveled at the government and leaders are legitimate as freedom of speech is guaranteed under the Constitution. We should face the criticism by the people as this will serve as a check and balance for the government to realize its weaknesses, he said……. (New Straits Times dated 15 July 2012 at page 16 reporting the National News Agency Bernama report). Sesalinan laporan akbar ini bertarikh 15/7/12 ini dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-5”.

15. Dengan pengakuan (admission) oleh Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang merangkap Pengubal Undang-Undang/kerajaan yang perbuataan mengkritik kerajaan bukan lagi satu kesalahan jenayah dan Hasutan malah adalah kebebasan bersuara yang dijamin dibawah Artikel 10 (1) (a) Perlembangan Persekutuan, kenapa pertuduhan Hasutan tersebut masih diteruskan terhadap saya oleh Pendakwa Raya.

16. Berlanjutan daripada pengumuman-pengumaman perubahan polisi yang tersebut saya telah melalui surat Peguamcara saya yang bertarikh 17/7/12 membuat representasi kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, Menteri Undang-Undang Dato’ Seri Nazri Tan Sri Aziz dan Peguam Negara Malaysia antara lain supaya dengan terutamanya pengumuman-pengumuman yang tersebut pertuduhan terhadap saya ini digugurkan. Sesalinan surat Peguamcara saya tersebut dilampirkan bersama disini dan di tandakan sebagai Ekshibit “UK-6”.

17. Olehkerana hampir tidak terdapat pembela kepada masyarakat India miskin di Malaysia baik oleh pihak kerajaan, parti pembangkang ataupun masyarakat madani (civil society) saya telah tumpukan perhatian saya (focus) kepada masyarakat India miskin di Malaysia.

18. Sejak dari (tahun 1990) bulan September 1998 sehingga Oktober 2007 antara beribu-ribu mukasurat Memorandum-Memorandum dan Resolusi-Resolusi Malaysian Bar (Council) penting (tidak termasuk beratus-ratus lagi surat saya) yang telah saya tulis dan dihantar kepada kerajaan Malaysia dengan tujuan untuk “menunjukkan kesilapan atau kecacatan-kecacatan dalam mana-mana kerajaan atau perlembangan……” sebagaimana yang dibenarkan menurut terutamanya Seksyen 3 (2) (b) Akta Hasutan adalah seperti berikut:-

1. Summary on why an Advocate and Solicitor’s statement cannot and should not be recorded under Section 112 of the Criminal Procedure Code (CPC) during police investigation. (Info line magazine September/October 1998 page 17)

2. Memorandum “Illegal, Unlawful and brutal death by police shooting” to Prime Minister Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dated 17th October 2000. (22 pages)

3. Nota bantahan Satu Tahun tragedi Kampung Medan dan tiada Royal Commission of Inquiry oleh Kerajaan Malaysia kepada Y. A. B Dato Seri Abdullah Badawi, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dated 8. 3. 2001 (10 pages).

4. Memorandum Tiada perlindungan polis untuk masyarakat India di kampong lindungan dan kawasan persekitarannya to Tan Sri Musa Hitam dated 30th March 2001. (33 pages)

5. Memorandum Seratus Hari Tragedi Kampung Medan to Tan Sri Musa Hitam dated 15th June 2001.

6. Protest note to Suhakam (Malaysian Human Rights Commission) “One Year of the Kampung Medan Tragedy and no open inquiry” dated 30/3/2002.

7. Memorandum (Meritocracy without merit, and the unfair entrance requirement into Public Universities is a violation of Human Rights especially to the Malaysian Indian Community. The Right to Public University education for all irrespective of ethnic origin) to Tan Sri Abu Talib Bin Othman (Chairman Malaysian Human Rights Commission) dated 7/6/2002. (20 pages)

8. Protest note ‘Pembunuhan Insan S. Tharmarajen (remaja 19 tahun) dalam tahanan polis dari 3. 4. 2002 sehingga 21. 6. 2002” to Inspector of General of Police Tan Sri Norian Mai dated 27/6/2002. (18 pages)

9. Memorandum “Assault and death of Tharmarajen a/l Subramaniam (19) and hundreds of others in police custody. Are we heading towards a police state?” to Suhakam (Human Rights Commission of Malaysia) dated 1st July 2002. (31 pages)

10. Memorandum on “A Trigger Happy Royal Malaysian Police Force” (1. 3 Persons shot dead per week by the Royal Malaysian Police Force (635 from 1989 -1999) The Star 11/05/99) as opposed to 18 fatal police shootings in New Zealand from 1940 to 2001 (61 years) to Deputy Prime Minister Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi dated 31st October 2002. (27 pages)

11. Memorandum “Stand up for justice its now or never” by Police Watch and human rights committee – Malaysia Reports from 1999- 31/08/2003 to Amnesty International London dated 8/9/2003. (433 pages). (By P. Waytha Moorthy)

12. Menurut Pertuduhan Pindaan yang bertarikh 4hb Jun 2012 tersebut ianya telah tidak menyatakan secara specifik kecendurungan menghasut di bawah Seksyen 3 (1) Akta Hasutan 1948 yang mana satu iaitu samada (a),(b),(c),(d),(e) atau (f) yang Pendakwaraya meunuduh saya. Keadaan ini juga turut memprejudiskan kes saya.

13. Usul tergempar (Sidang Parlimen) mengenai penembakan mati secara kejam penuntut STPM Vikines a/l Vesvanathan oleh pasukan polis diraja Malaysia pada 11/10/2003 dan terutamanya masyarakat India Malaysia (60%) dan 1. 3 rakyat ditembak mati oleh polis Di Raja Malaysia setiap Minggu proposed by police watch 2 through Y. B. Dato’ Dr. Hasan Bin Haji Mohamad Ali. (9 pages).

14. Protest Note “The unlawful and on merciless shooting to death/ of murder of Vikines a/l Vesvanathan by the Royal Commission police force. Why are Malaysian Indians being targeted 75% Malaysians shot dead are Malaysian Indians warning and caution to the Royal Malaysian police force” to Inspector of General of Police Tan Sri Norian Mai dated 15/10/2003. (9 pages)

15. Protest note “Police lords in Malaysia (murderers of innocent people) case of Nagandren a/l Poobalan to Inspector Genral of Police, Malaysia Dato Seri Mohd Bakri Omar dated 28/1/2004. (25 pages)

16. Memorandum on Proposals and opinion/ rationale on the proposed amendments to the penal code and the criminal procedure code to Datuk Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad (Minister in the Prime Ministers Department) dated 19/8/2004. (19 pages)

17. Memorandum on “Police Abuses in Malaysia (1992 to 31-12-2004) –A General Overview to Y. A. Bhg. Tun Mohamed Dzaiddin Bin Abdullah Chairman, Royal Commission to enhance the Operations and Management of the Royal Malaysian Police Force dated 21/1/2005. (153 pages)

18. Memorandum on indiscriminate and unlawful hindu temple demolishment in Malaysia dated 11. 5. 2005 to Prime Minister of Malaysia, Y. A. B. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. (19 pages)

19. Memorandum Moorthy’s Struggle Islam – procedures for conversion, procedures on renunciation, jurisdiction and Constitutional crisis dated 28. 12. 2005. (22 pages)

20. Malaysian Police report card 2005 (criminal abuse of police power cases documented from 1. 1. 2005 to 31. 12. 2005) to Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi and Dato Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz dated 9. 3. 2006. (107 pages)

21. Protest note on Indiscriminate and unlawful hindu temple demolishments in Malaysia by the Federal, state and local authorities especially the Kuala Lumpur city hall at an alarming rate of at least one hindu temple being demolished in every three (3) weeks to Prime Minister of Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dated 25/5/2006. (5 pages)

22. Formal complaint to the United Nations on the unconstitutional conduct of the Malaysian government in demolishing places of worship belonging to the minority Hindus in Malaysia 2006.

23. Protest Note ‘Uphold Constitution & the law, prosecute hindu temple demolishment criminals who are demolishing hindu temples with impunity & stop hindu temple demolishments in Malaysia dated 29. 6. 2007 to the Hon. Attorney General of Malaysia. (Prepared by P. Waytha Moorthy and together with R. Kengatharan attended a meeting with the present Head of Prosecution Deputy Public Prosecutor Hanafiah at the Attorney General’s office Putrajaya on 29/6/07).

24. Hindraf’s 18 point Demands dated 12/8/2007.

25. Memorandum Bantahan perobohan kuil-kuil, rumah berhala dan dewa- dewa agama hindu di daerah Hulu Langat yang meliputi Kajang/ Semenyih/ Rinching/ Beranang/ Cheras/ Balakong/ Bangi/ Serdang oleh Majlis Perbandaran Kajang kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang dated October 2007. (2 pages)

26. Memorandum (No freedom of religion/ worship in Malaysia to United Nations 2007 (30 pages ).

Malaysian Bar (Council) Resolutions (1999-2007) proposed by myself:-

i. Immediately set up and independent commission of inquiry to investigate the Attorney General fully and make its findings public. (arising from Dato Seri Anwar Ibrahim’s case) (54th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 1999/2000 Annual Report 18th March 2000, Renaissance Hotel Kuala Lumpur).

ii. Protesting 3. 1 person per week shot dead by police of which 60% are Malaysian Indians. (56th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2001/02 Annual Report 23rd March 2002, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur).

iii. Royal Commission of Enquiry on the Kg Medan racial attacks, government failing to protect Indians. Ag to prosecute the Kg Medan criminals who killed 5 Indians and grievous bodily injuries to 100 over other etc. (57th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2002/03 Annual Report 22nd March 2003, Renaissance Hotel Kuala Lumpur).

iv. Motion calling for mandatory Inquiry and appropriate criminal action into all cases of death by police shooting, deaths in police custody and all six (6) deaths in the Kg. Medan racial attacks (not racial clashes) targeted at the innocent minority Malaysian Indian Community. . (Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2003/04 Annual Report 20th March 2004, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur).

v. Motion of no confidence against the Attorney General of Malaysia and the Inspector General of Police Malaysia. (Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2003/04 Annual Report 20th March 2004, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur).

vi. Motion 8. 3 on P. Uthayakumar being (falsely prosecuted) for criminal Intimidation by the Attorney General in arising out of the pro bono Inquest into death in police custody of S. Tharmarajah (19) (58th Annual General Meeting of the Malaysia Bar Council 2003/04 Annual Report 20th March 2004, Crown Princess Hotel Kuala Lumpur). (proposed by M. Manogar)

vii. Item 5 A (iii) of the amendum to the agenda- Motion of no confidence (and Motion on mandatory inquest) against the Attorney General and Inspector General of Police Malaysia (Proposed by P. Uthayakumar) (59th Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2004/05 Annual Report 19th March 2005, Notel Nikko Kuala Lumpur).

viii. Item 5 (vii) Motion by P. Uthayakumar Seconder: M. Manogar Motion on Independent Police Investigations Tribunal, and Attorney General to prosecute without fear or favour all and any criminal abuse of police powers. (60th Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2005/06 Annual Report 18th March 2006, Legend Hotel Kuala Lumpur).

ix. Resolution at Bar Council AGM 2006 on 5A. 5 Motion for the Bar Council of Malaysia to institute Public Interest Litigation to compel the Government of Malaysia to form and implement the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) within two (2) weeks from 31. 5. 2006. 5A. 6 Motion of no confidence against the Attorney General for being extremely slow in prosecuting criminal abuse of police powers (only 0. 01% of the cases). (61st Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2006/07 Annual Report 17th March 2007, Legend Hotel Kuala Lumpur).

x. Item 8 (e)(i) of Motion dated 9/2/07 that the Bar Council files a Civil suit that the IPCMC be implemented, Motion of no confidence against the Attorney General for not prosecuting criminal policemen. (62nd Annual General Meeting of the Malaysian Bar Council 2007/08 Annual Report 15th March 2008, Legend Hotel Kuala Lumpur).

19. Akibat daripada kritikan saya yang secara membina terhadap kerajaan dari pemantauan terkini kami, kami telah berjaya menurunkan lebih kurang 97% kes-kes kematian dalam lokap polis, 97% kes-kes menembak mati suspek oleh polis dan 97% kes-kes perobohan kuil-kuil Hindu oleh kerajaan yang pada tahun 2007 memuncak dengan satu kuil hindu dirobohkan dalam setiap sepuluh hari di Negeri Selangor sahaja menurut jawapan Menteri Besar Selangor dalam sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2008. Dan juga 50% penurunan dalam kes-kes “abuse of police powers” terhadap masyarakat India miskin di Malaysia.

20. Malah daripada kritikan saya yang membina ini Kerajaan telah bertindak secara positif dengan mengambil tindakan yang serius pada tahap politik tertinggi dengan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet berkenaan masyarakat India yang diketuai oleh “no less than the Prime Minister himself”.

21. Walaupun dengan kritikan saya yang lantang seperti diatas tiada sebarang tindakan pertuduhan jenayah telah diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia terhadap saya sehingga tahun 2003 apabila saya mula mendapat sokongan rakyat. Pada tahun 2003 saya telah ditangkap dan dituduh dalam satu pertuduhan “criminal intimidation” (semasa satu perbicaraan Inkues) terhadap seorang Chief Inspector polis yang dituduh oleh keluarga mangsa sebagai yang telah menyebabkan kematian anak mereka S. Tharmarajan (18) semasa dalam tahanan polis.

22. Saya percaya yang saya dituduh dalam pertuduhan disini adalah olehkerana kerja-kerja activism hak asasi manusia saya dan tidak kerana saya telah melakukan satu perbuatan jenayah atau dibawah Akta Hasutan. Saya percaya yang terdapat “arahan politik” untuk seberapa segera dalam menyabitkan saya dengan pertuduhan ini supaya saya tidak dapat bertanding dalam pilihanraya umum yang ketiga belas (13) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sekarang.

23. Saya percaya yang Akta Hasutan 1948 sejak era zaman penjajah ini sudahpun ketinggalan zaman. Malah Kerajaan Malaysia melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz telah menyatakan “Sedition Act outdated, say Nazri”. Sesalinan laporan akhbar portal Internet Free Malaysia Today bertarikh 23/3/2011 dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-7”.

24. Malah saya pernah membaca berita akhbar yang Jabatan Peguam Negara sendiri telah menganjurkan satu forum berkenaan Akta Hasutan ini dengan tujuan mendapat maklum balas dalam memansuhkan Akta Hasutan sepertimana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimasukkan dalam proses transformasi Undang-Undang oleh Kerajaan.

25. Pendakwaan ini sewajarnya harus ditarik balik “in good faith and to move on”.

26. Saya percaya Pendakwaraya Noorin binti Badaruddin ini mempunyai “personal vendetta” terhadap saya sejak tahun 2002 lagi apabila saya mengendalikan Inkues kes-kes kematian dan/atau pembunuhan dalam lokap polis secara “aggressive” yang pada masa tersebut begitu berleluasa sehingga terdapat statisik seorang dibunuh dalam lokap polis dalam tempoh setiap dua (2) minggu (juga seperti yang tertera dalam kertas pertuduhan dalam kes Hasutan saya disini).

27. Pada tahun 2002 Puan Noorin Badaruddin ini merupakan Timbalan Pendakwaraya yang mengendalikan Inkues kematian S. Tharmarajen (18) yang mati semasa dalam lokap polis Sepang dan saya adalah Peguam Pemerhati yang bertindak secara pro bono kepada pihak keluarga Si Mati dalam Inkues tersebut. Dalam inkues tersebut saya telah soal balas pihak polis secara “detail”. Dalam bertikam –lidah dengan saksi polis yang dituduh oleh keluarga Si Mati telah menyebabkan kematian Si Mati, saya telah kemudiannya saya percaya olehkerana desakan Timbalan Pendakwaraya tersebut ditangkap oleh pihak polis “at the door steps of the Sepang Magistrate Court”. Pihak keluarga juga telah bertengkar dengan pihak polis selepas selesai kes Inkues dan membuat demonstrasi aman diluar Mahkamah.

28. Saya percaya yang Timbalan Pendakwaraya Puan Noorin Badaruddin menjadi marah terhadap saya olehkerana kerja-kerja activism saya membawa aib kepada pihak polis dan Pihak Pendakwa Raya kerana telah tidak mendakwa anggota-anggota polis yang berkenaan dan membawa mereka ke muka keadilan. Selepas daripada itu sejak tahun 2002 dan sehingga ke hari ini tahun 2012 Timbalan Pendakwaraya tersebut dan saya “are not on talking terms”.

29. Saya percaya yang dengan itu Timbalan Pendakwaraya Puan Noorin Badaruddin tersebut telah meminta pihak polis untuk membuat laporan polis terhadap saya dan supaya saya ditangkap polis, dipenjarakan dan mengakibatkan saya telah dituduh di Mahkamah Majistret Sepang pada bulan Januari tahun 2003 olehkerana kononya saya mengugut seorang Ketua Inspektor polis dalam Mahkamah.

30. Namuan demikian saya telah membuat satu rayuan dan sebelum puh kes saya telah bermula di Mahkamah Majistret Sepang, saya telah dilepaskan tanpa dibebaskan dibawah Seksyen 173 (g) Kanun Acara Jenayah oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada masa tersebut (2003) iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Rayaun Pendakwaraya ke Mahkamah Rayuan juga telah tidak dibenarkan.

31. Tidak berpuashati dengan perkara ini saya percaya Timbalan Pendakwaraya Puan Noorin Badaruddin tersebut telah meminta Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pada masa tersebut iaitu Datuk Yusof supaya membuat aduan kepada Disciplinary Board Majlis Peguam Malaysia dimana Puan Noorin tersebut menjadi saksi terhadap saya.

32. Saya percaya saya telah dihukum dengan diberi amaran oleh Disciplinary Board tersebut pada masa saya dipenjarakan dibawah ISA di Penjara Kamunting.

33. Saya percaya yang Puan Noorin ini juga menjadi antara sebab saya di tahan dibawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) selama lebih kurang 17 bulan berdasarkan satu himpunan aman yang ketuai oleh saya pada 29/6/07 di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya mengadu tiada pendakwaan dalam kes-kes perobohan kuil-kuil Hindu oleh pihak polis dan Majlis-majlis Kerajaan tempatan. (Sila rujuk kepada Item 2 mukasurat 2 dalam Perintah Tahanan ISA saya dalam Ekshibit “UK-2”).

34. Selepas daripada itu Puan Noorin telah terus menaruh dendam dan “vindictive” terhadap saya disepanjang kes Hasutan saya ini sehingga ke hari ini.

35. Terbaru pada tarikh perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19/7/2012 Puan Noorin tersebut telah dengan tiba-tiba memusing ke belakang, bertentang ke arah saya, menunding jari dan telah meninggikan suara dan memarahi saya semasa menjawab kepada hujahan yang saya percaya supaya Yang Arif Hakim Mahkamah Sesyen antara lain mengambil “Judicial Notice” terhadap deameanour Timbalan Pendakwaraya tersebut.

36. Saya juga akan memohon kepada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi semasa prosiding Mahkamah kelak untuk menyoal balas Timbalan Pendakwaraya tersebut mengenai kesemua perkara-perkara yang tersebut di atas semasa perbicaraan kelak.

37. Walaupun dengan perkara-perkara yang tersebut diatas Timbalan Pendakwa Raya tersebut telah masih berhujah di Mahkamah Persekutuan pada tarikh 25/6/2012

38. Saya percaya Pendakwaraya Tan Sri Gani Patail juga telah membawa pertuduhan jenayah Hasutan ini terhadap saya secara mala-fide dan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Pendakwa Raya..

39. Malah semasa saya dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11/12/07 Tan Sri Gani Patail telah “appeared in person,” tidak mahu menunggu kehadiran Peguam saya dan telah membantah dengan keras terhadap jaminan diberikan kepada saya walaupun pertuduhan Hasutan tersebut adalah satu pertuduhan yang boleh diberi jaminan.

40. Saya dengan ini adopt hujahan Peguamcara saya di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, di Mahkamah Rayuan Malaysia dan juga di Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 25/6/12.

41. Pendakwa Raya tersebut juga telah dituduh menyalahgunakan kuasa oleh pihak awam dan laporan-laporan polis juga telah dibuat terhadap beliau oleh pihak NGO atas dasar kepentingan awam. Sesalinan laporan akbar internet berkenaan perkara ini dalam Malaysiakini.com dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-8”.

42. Lain-lain hujahan saya adalah seperti dalam Petisyen Rayuan saya kepada Mahkamah Persekutuan yang bertarikh 30/4/12 yang dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-9”.

43. Saya juga memohon merujuk kepada Rekod Rayuan Mahkamah Rayuan Malaysia yang bertarikh 3/3/2011 dan juga Rekod Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan yang dilampirkan bersama disini sebagai Ekshibit “UK-10” dan “UK-11” respectively.

44. Dengan ini terdapat keadaan istimewa (Special circumstances) yang membolehkan Mahkamah yang mulia ini membuat Semakan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia yang telah diberikan pada 25 Jun 2012.

45. Bahawa keptusan Mahkamah Persekutuan yang telah diberikan pada 25 Jun 2012 telah mengakibatkan ketidakadilan yang serius dan Mahkamah yang Mulia ini diwajibkan untuk meghalang ketidakadilan tersebut di bawah peraturan 137, Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 atau dibawah bidang kuasa sedia ada dan membenarkan permohonan seperti mana dipohon dalam permohonan disini atau apa jua perintah dan/atau relief lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini sepertimana dipohon disini.

46. Saya dengan ini dengan rendah diri memohon untuk satu Perintah seperti yang dipohon disini.

 

Bertarikh pada haribulan Ogos 2012                   )

Diikrarkan oleh Uthayakumar a/l Ponnusamy     )

Pada       /            /2012                                    )

Pada pukul pagi/petang                                   )

Di Kuala Lumpur                                              )

(Terjemahan tidak diperlukan)                       )

 

Dihadapan saya,

 

……….…………….

Pesuruhjaya Sumpah

 

Affidavit Sokongan ini difailkan oleh Tetuan M. Manoharan & Co, Peguamcara bagi pihak Pemohon yang beralamat di Suite C5-5, 5th Floor, Tower C, Wisma Goshen, Plaza Pantai, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur.  Tel : 03-22832118, Fax : 03-22831322 (Ref: UK/2012 DPP & Court @ Hg Ct/anu)

Comments are closed.

You might also like


HINDRAF De Facto Leader and Founder (Speech PART 1)
Donate Us


Human Rights Party Malaysia logo HRP Project 15/38
Human Rights Party Malaysia
Announcements
Human Rights Party Malaysia logo
HRP Slideshow
Featured Articles
Our Archives