|
No 6B, Jalan Abdullah, Off Jalan Bangsar, 59000, Kuala Lumpur Tel: 03-22825241/03-22825622 Fax:03-22825245
Date : 25/10/2012
Y. Bhg Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar
Ketua Polis Negara
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Fax :03-22799536
Bukit Aman, E-Mail: iho@rmp.gov.my
50560 Kuala Lumpur.
Y. Bhg Datuk Ahmad Phesal Talib
Dato Bandar Kuala Lumpur
Tingkat 27, Menara DBKL
Jalan Raja Laut Fax: 03-26919664
50350 Kuala Lumpur. Email: datukbandar@dbkl.gov.my
Tuan,
Per: Premis DBKL di Jalan Ikan Emas, Cheras dijadikan kedai menjual arak dan tempat maksiat.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kami telah menerima satu aduan daripada Puan R.Saraswathi salah seorang penduduk di kawasan Flat Sri Pulau Pinang Batu 3 ½ Jalan Cheras 56100, Kuala Lumpur yang mengadu kepada kami untuk diajukan kepada pihak tuan seperti berikut:-
1. Bahawa satu unit kedai DBKL di Jalan Ikan Emas, dekat Flat Sri Pulau Pinang yang dikhaskan untuk peniaga kurang mampu ataupun kos rendah DBKL telah dijadikan tempat untuk menjual arak, berjudi sehingga ke larut malam dan maksiat oleh seorang pemilik kedai bernombor 868, Jalan Ikan Emas, Cheras Kuala Lumpur.
2. Kedai tersebut juga terletak berhadapan Surau Flat 1 & 2 Sri Pulau Pinang tersebut. Kedai tersebut difahamkan beroperasi selama 24 jam. Penduduk sekitar mengadu bunyi bising setiap hari yang menganggu ketenteraman awam sehingga tidak boleh tidur dan terpaksa berjaga sepanjang malam.
3. Juga aduan diterima bahawa ada beberapa orang gadis dengan pakaian yang kurang sopan dipercayai Pelayan Bar ( GRO) datang dibawa oleh beberapa orang lelaki pada setiap malam dan berpesta sehingga keesokan hari.Tempat kedai yang sepatutnya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah untuk menyara hidup mereka telah disalahgunakan oleh pihak tersebut.
4. Pengadu ada juga mendakwa sudah banyak kali beliau sendiri menghubungi pihak polis kawasan itu dan IPK di talian 03-91722222 dan panggilan dijawab anggota bertugas malam bernama Mohd. Pengadu amat kecewa apabila ada sekurang- kurangnya 3 hingga 4 orang anggota polis yang menaiki motosikal telah datang ke tempat tersebut tetapi langsung tidak menyiasat, menegur atau mengambil tindakan terhadap pemilik premis tersebut malah ada seorang anggota polis diberi salam dan dibawa ke belakang kedai oleh salah seorang pengendali kedai tersebut dan sejurus kemudian beredar daripada tempat itu dengan serta merta.
5. Kegiatan menjual arak berleluasa sehingga ada remaja yang masih dibangku sekolah juga turut serta dalam aktiviti judi dan meminum arak tersebut.
Rayuan
Kami dengan ini menggesa Y. Bhg Ketua Polis Negara dan Y. Bhg Dato Bandar Kuala Lumpur untuk melucutkan lesen premis tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya pada kadar segera.
Tindakan dan jawapan yang awal dari pihak tuan disanjung tinggi.
Sekian terima kasih,
Yang benar,
…………….
S. Thiagarajan
Ketua Pemuda, Hindraf
s.k: Dato’ Mohamad Bin Salleh
Ketua Polis Kuala Lumpur
Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur
Jalan Hang Tuah Fax : 03-21449760
50560 Kuala Lumpur
ACP Mohan Singh s/o Tara Singh
Ketua Polis Daerah Cheras Fax: 03-92849290
Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras E-Mail: kpdcheras@rmp.gov.my
Jalan Pudu
55100 Kuala Lumpur


